Utusan Borneo (Sabah)

SugarBun tawar Bucket lapan ketul ayam, Pezzo perkenal Pizza Fortune

-

KUCHING: SB Supplies & Logistics Sdn Bhd (SBSL Sdn Bhd) mengadakan promosi ‘Ong Ong Lai’ bersempena dengan Tahun Baharu Cina bermula semalam sehingga 18 Februari ini.

SBSL Sdn Bhd, merupakan pemilik francais SugarBun dan pemegang tunggal untuk Pezzo Malaysia Timur memperkena­lkan Bucket lapan ketul ayam yang disajikan bersama Nestle Lemonade pada hari perayaan ini.

Menerusiny­a juga akan diberikan percuma jag air SugarBun bernilai RM38.88 di semua premis SugarBun dan Pezzo yang terlibat.

“Rasa resipi adunan khas ayam goreng amat menyelerak­an untuk sajian semua lapisan masyarakat,” kata wakil SBSL Sdn Bhd (Bahagian Pemasaran), Helong Ajang semalam.

Pada masa sama, Master Ong merupakan watak yang dipilih SugarBun untuk berkongsi pantang larang dalam genre lucu semasa sambutan Tahun Baharu Cina yang akan ke udara di stesen radio MY Sarawak.

Perkongsia­n tersebut boleh didengar pada gelombang 96.9 di Kuching manakala di Miri pada 103.2 bertujuan untuk mendekatka­n pihaknya dengan para pelanggan untuk berkongsi keriangan perayaan bersama.

Sementara itu, Pezzo Malaysia Timur turut memperkena­lkan Pizza Fortune yang dijual pada harga RM37.50 satu dan dua untuk harga istimewa RM68.

“Di dalamnya terdapat sos beraroma manis, kepingan ayam BBQ yang disalai, isi ketam, udang galah dan banyak lagi,” tambahnya.

Dengan pembelian dua Pezzo Fortune Pizza pelanggan akan diberikan sebanyak dua pek angpau yang bernilai RM15.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi dan lebih banyak aktiviti SugarBun dan Pezzo sila layari laman sosial FB, SugarBun Restaurant dan Pezzo East Malaysia.

 ??  ?? MASTER ONG (tengah) bergambar bersama hidangan ayam Bucket yang menyelerak­an bersama kakitangan SugarBun di Boulevard Shopping Mall semalam.
MASTER ONG (tengah) bergambar bersama hidangan ayam Bucket yang menyelerak­an bersama kakitangan SugarBun di Boulevard Shopping Mall semalam.
 ??  ?? FORTUNE Pizza.
FORTUNE Pizza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia