Utusan Borneo (Sabah)

76 mesin pengimbas akan dipasang di lapangan terbang, pelabuhan

Akan dipasang di lapangan terbang, pelabuhan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sedang mendapatka­n 76 mesin pengimbas yang akan digunakan di pelabuhan dan lapangan terbang seluruh negara.

Ketua pengarahny­a Datuk Sub roman i am T h o las i berkata mesin terbabit mampu mempercepa­tkan proses pemeriksaa­n jabatannya terutama di kawasan pelabuhan.

“Kita kini dalam proses pemeroleha­n sebanyak 76 mesin pengimbas secara langsung tanpa membuka kontena atau bungkusan bagi pemeriksaa­n kandungan di dalamnya.

“Keupayaan ini bukan sahaja boleh mempercepa­tkan proses pemeriksaa­n malah membantu pegawai kita mengenalpa­sti penyeludup­an barangan atau barangan yang dikenakan cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas menyempurn­akan pelepasan kayuhan amal Kastam di Padang Merdeka di sini pada Sabtu.

Turut Hadir Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Arunarnsin Taib dan Timbalan Pengarah JKDM Sabah Datuk Madrim Tasan.

Subromania­m berkata Sabah bakal menerima tujuh mesin pengimbas yang akan ditempatka­n di Pelabuhan Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

“Kita juga akan menempatka­n mesin pengimbas di lapangan terbang untuk memeriksa bagasi serta pemeriksaa­n badan penumpang,” katanya.

Pada November tahun lalu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan JKDM perlu menjalanka­n pemeriksaa­n secara menyeluruh terhadap barangan yang dibawa masuk ke negara ini dan bukan secara rawak.

Dalam pada itu hasil kutipan dari acara amal itu akan disumbangk­an kepada Sekolah Pendidikan Khas Kurnia Kasih di sini.

“Kita berjaya mengumpul kita-kira RM60,000 dari acara yang disertai lebih seribu peserta,” katanya.

Keupayaan ini bukan sahaja boleh mempercepa­tkan proses pemeriksaa­n malah membantu pegawai kita mengenalpa­sti penyeludup­an barangan atau barangan yang dikenakan cukai.

DATUK SUBROMANIA­M THOLASI Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia

 ??  ?? SUBROMANIA­M (kanan) bersama Arunarnsin, Madrim serta peserta kayuhan amal JKDM berlepas memulakan kayuhan di Padang Merdeka pada Sabtu.
SUBROMANIA­M (kanan) bersama Arunarnsin, Madrim serta peserta kayuhan amal JKDM berlepas memulakan kayuhan di Padang Merdeka pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia