Utusan Borneo (Sabah)

Tidak ada hubungan diplomatik, Israel tidak patut datang M’sia

Israel tidak patut datang ke Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menekankan bahawa Israel tidak sepatutnya datang ke Malaysia memandangk­an negara ini tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Dr Mahathir berkata, Malaysia mempunyai hak untuk menutup sempadanny­a kepada sesetengah orang terutama mereka yang negara ini berpendapa­t melakukan banyak perkara yang salah.

“Banyak negara hari ini melihat orang luar datang ke negara mereka dan amat tidak gembira mengenainy­a. Mereka gulingkan kerajaan kerana membenarka­n pendatang masuk.

“Jadi, sebuah negara mempunyai hak untuk menutup sempadanny­a kepada sesetengah orang, sebab itu adanya sempadan, tetapi di Malaysia, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan kita berpendapa­t mereka membuat terlalu banyak kesalahan tetapi tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apa-apa terhadap mereka,” katanya selepas menyampaik­an ucapan pada perbincang­an Oxford Union yang disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dari London awal pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata demikian apabila ditanya oleh Presiden Oxford Union, Daniel Wilkinson mengenai larangan Malaysia ke atas atlit Israel untuk menyertai Kejohanan Renang Para Dunia yang akan diadakan di Sarawak pada Julai ini.

Perbincang­an dan temubual itu juga kemudian dimasukkan dalam akaun Facebook rasmi Dr Mahathir..

Para perenang dari kira-kira 70 negara dijangka menyertai kejohanan itu yang bermula dari 29 Julai hingga 4 Ogos ini, yang menjadi satu penentuan sebelum Paralimpik Tokyo tahun hadapan.

Ditanya sama ada ianya adil untuk menghukum rakyat Israel berbanding kerajaan Israel, Perdana Menteri berkata tetapi ia nampak seperti kebanyakan orang Israel menyokong pendirian yang diambil oleh kerajaan mereka.

“Kita tidak dapat banyak lakukan sesuatu terhadap kerajaan Israel, mereka terlalu berkuasa. Jadi, kita tidak berkata apa-apa mengenai kerajaan Israel namun kita tidak perlu pula untuk menunjukka­n persahabat­an kepada mereka.

Dr Mahathir juga berkata beliau tidak kisah jika kenyataan beliau terhadap Israel dianggap sebagai anti-Semitik, dengan menyebut bahawa itu adalah hak beliau untuk berkata sesuatu mengenai tindakan Israel terhadap Palestin.

“Saya tidak memahami ini. Kita bercakap mengenai kebebasan bersuara dan sebaliknya kita tidak boleh berkata sesuatu terhadap Israel, menentang Yahudi, kenapa jadi begitu? Jika kita bebas untuk berkata sesuatu yang kita suka, kita boleh saja katakan, tetapi sebaliknya kita dianggap sebagai anti-Semitik oleh Yahudi.

“Itu hak mereka untuk menegakkan pendapat seumpama terhadap saya, namun ini juga menjadi hak saya untuk memberitah­u mereka bahawa mereka telah melakukan terlalu banyak perkara yang salah,” katanya dengan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin.Bernama

“Sebuah negara mempunyai hak untuk menutup sempadanny­a kepada sesetengah orang, sebab itu adanya sempadan, tetapi di Malaysia, kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sama sekali dan kita berpendapa­t mereka membuat terlalu banyak kesalahan tetapi tetap terlepas kerana tiada siapa berani untuk berkata apaapa ” terhadap mereka. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia