Utusan Borneo (Sabah)

YNJ sumbang bantuan kepada asnaf, ibu tunggal di Tambisan

-

LAHAD DATU: Yayasan Nur Jauhar (YNJ) menghulurk­an bantuan kepada 71 golongan asnaf termasuk ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) selain 174 murid

JUHAR (tengah) mendengar sesuatu dari seorang penerima ketika menyampaik­an sumbangan Yayasan Nur Jauhar kepada penduduk sempena lawatannya ke Kampung Tambisan. dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tambisan menerusi program Ziarah Kasih YNJ.

Sumbangan berbentuk wang tunai dan makanan harian serta kelengkapa­n sekolah untuk murid itu disampaika­n oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Dewan Mini Kampung Tambisan Darat.

Seorang penerima bantuan Surlinah Muhamad Esah, 35, melahirkan rasa bersyukur terpilih menerima bantuan itu dan melahirkan rasa teruja bertemu Juhar memandangk­an ini merupakan pertama kali berpeluang melihat sendiri pemimpin negeri itu yang juga anak jati Tambisan.

“Saya seronok kerana inilah peluang saya untuk melihat Tuan Yang Terutama (TYT) negeri di hadapan saya dan bukan seperti sebelum ini iaitu melihatnya hanya daripada gambar dan televisyen,” kata ibu tiga anak itu kepada Bernama, yang berasal dari Kampung Simuning.

Terdahulu, Juhar turut melawat makam ibunya Harijah Karim selain ke Masjid Datuk Hj Mahiruddin Pg Hj Hussin di Kampung Tambisan.

Hadir sama Pengerusi YNJ Mejar (Kehormat) Al-Hambra Tun Juhar, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Dumi Pg Masdal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia