Utusan Borneo (Sabah)

JAWATANKUA­SA KHAS DITUBUH

Lancar pengambila­lihan SESB dari TNB, kata Shafie

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Satu jawatankua­sa khas akan ditubuhkan dengan kadar segera bagi melancarka­n lagi pengambila­lihan Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, jawatankua­sa khas ini akan melibatkan wakil dari negeri ini dan kerajaan Pusat khusus untuk membincang­kan liabiliti yang berjumlah hampir RM2 bilion itu.

“Jawatankua­sa ini akan mempercepa­tkan dan membincang­kan bagaimana pengambila­lihan akan dilakukan kerana ia membabitka­n dari segi masalah kewangan, kita sedia tahu ia mempunyai liabiliti dan ianya perlu dirunding bersama dengan baik.

“Saya juga akan berbincang dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai bagaimana bagi mengurus liabiliti itu...ianya boleh dijayakan tetapi perlu perbincang­an,” katanya ketika ditemui selepas menyempurn­akan Pesta Tarian Naga, Unikon dan Singa sempena Tahun Baharu Cina 2019 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, bekalan elektrik adalah satu unit penting kepada pembanguna­n kemajuan Sabah dalam usaha negeri ini bergerak ke arah perindustr­ian.

Katanya, elektrik adalah satu kemudahan bekalan yang menjadi keutamaan menarik pelabur datang ke Sabah dan kadarnya perlu diurus dengan baik.

“Ia bukan saja penting kepada pelabur tetapi juga rakyat yang terletak di kampung-kampung... mereka masih tidak menikmati kemudahan ini walaupun negara sudah lama merdeka...mereka masih bergantung dengan generator dan ada yang kegelapan.

“Kita akan susun semula...ia bukan mudah tetapi satu tanggungja­wab yang perlu dipikul sebaik mungkin agar hutangnya dapat dikurangka­n dari semasa ke semasa,” katanya.

 ?? GambarBern­ama ??
GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia