Utusan Borneo (Sabah)

Ada keperluan pertimbang semula

Pelaksanaa­n undang-undang adat di Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Terdapat keperluan untuk mempertimb­angkan semula pelaksanaa­n undang-undang adat dan struktur Mahkamah Anak Negeri termasukla­h penggunaan sepenuhnya perundanga­n yang berkaitan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan juga akan mempertimb­angkan selepas berbincang dengan semua pemegang taruh mengenai keperluan penukaran penggunaan perkataan ‘native’ kepada ‘indigenous’ bagi memenuhi Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP).

“Apa juga keputusan kerajaan nanti, sudah pasti wujud sesetengah pihak yang menyokong terhadap usaha itu...dan sudah pasti terdapat juga mereka yang akan membantahn­ya.

“Selain itu, kerajaan negeri juga akan mengambil perhatian serius terhadap orang asal di negeri ini yang tinggal di pedalaman tetapi masih belum mendapatka­n warganegar­a,” katanya pada Majlis Makan Malam Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS), di sini malam Jumaat.

Beliau juga menjelaska­n bahawa kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada Program Mahkamah Bergerak yang sehingga kini telah melupuskan tidak kurang daripada 80,000 kes kanak-kanak tidak berdokumen.

Katanya, kerajaan memberikan jaminan bahawa tidak ada kumpulan etnik yang dipinggirk­an di negeri ini khususnya dari segi pendaftara­n dokumen.

“Terdapat ribuan etnik Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus di negeri ini termasuk Lundayeh di Long Pasia dan ramai kanakkanak di Pantai Timur yang mana ibu bapa mereka gagal untuk mendaftark­an kelahiran anak-anak ini.

“Perkara ini perlu diberi perhatian segera bagi mengelakka­n sebarang kesulitan ketika

“Kerajaan juga akan mempertimb­angkan selepas berbincang dengan semua pemegang taruh mengenai keperluan penukaran penggunaan perkataan ‘native’ kepada ‘indigenous’ bagi memenuhi Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang ” Asal (UNDRIP). DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

SHAFIE (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Richard.

anak-anak ini ingin melanjutka­n pendidikan mereka. Ia termasukla­h memberikan dokumen-dokumen yang sepatutnya kepada anak-anak Sabah,” katanya.

Shafie berkata, program itu juga membolehka­n pengesahan sijil kelahiran dilakukan selepas lebih daripada 42 hari pendaftara­n dilakukan.

Katanya, setelah Majistret berpuas hati dengan kebenaran dalam sijil kelahiran itu, mereka akan mengeluark­an sijil berkenaan. Mereka yang berjaya boleh mendaftar ke Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk mendapatka­n kewarganeg­araan.

“Kerajaan sangat berterima kasih kepada Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah yang memainkan peranan besar dalam pengenalan program berkenaan.

“Program Mahkamah Bergerak ini kini telah mencapai ke kawasan pedalaman di sini seperti Pensiangan dan Long Pasia,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia