Utusan Borneo (Sabah)

APMM Tawau selamatkan nelayan hanyut

- -Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang nelayan yang dihanyutka­n arus laut bersama botnya akibat kehabisan minyak semasa memancing di laut di sini, diselamatk­an Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Tawau.

Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Zon Maritim Tawau Komander (M) Mohd Yusri Hussin berkata bot terbabit diselamatk­an pada awal pagi Sabtu selepas menerima laporan pengadu.

“Pengadu membuat panggilan MERS999 mengenai situasinya pada jam 6.42 pagi sebelum kita mengarahka­n bot peronda untuk melakukan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Yusri berkata mangsa mengaku tidak menyedari botnya sudah kehabisan minyak semasa leka memancing di perairan Sg Pukul, Sebatik yang dipercayai berlaku kira-kira jam 6.40 pagi.

Menurutnya, mangsa kemudianny­a ditemui dalam keadaan selamat berada di dalam bot kayu yang menggunaka­n enjin berkapasit­i 15 kuasa kuda pada jam 7.08 pagi oleh APMM Tawau.

“Nelayan itu berasal dari Kg Pisak-Pisak Sebatik, dan berumur 41 tahun,” katanya, sambil mengesahka­n bot mangsa ditunda ke Jeti Sg Pukul dan selamat tiba pada jam 7.40 pagi .

Mengulas lanjut, beliau berkata operasi sedemikian tanda komitmen APMM Tawau dalam membantu mangsamang­sa kes kecemasan di laut terutamany­a di sekitar perairan daerah ini.

Orang awam yang ingin menyalurka­n aduan atau maklumat, boleh menyalurka­nnya menerusi 089752115 (Pusat Operasi APMM Tawau) atau melalui talian bantuan kecemasan MERS999.

 ??  ?? MANGSA tidak menyedari botnya kehabisan minyak kerana terleka semasa memancing di sekitar perairan Sg Pukul, Pulau Sebatik, Tawau.
MANGSA tidak menyedari botnya kehabisan minyak kerana terleka semasa memancing di sekitar perairan Sg Pukul, Pulau Sebatik, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia