Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,000 sertai Kayuhan Amal Kastam 2019 di Kota Kinabalu

-

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 peserta menyertai Program Kayuhan Amal Kastam 2019 di Padang Merdeka, di sini pada Sabtu.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromania­m Tholasy berkata kayuhan amal berkenaan merupakan acara tradisi yang dianjurkan setiap tahun sempena sambutan Hari Kastam Sedunia.

“Objektif kayuhan ini adalah sebagai gagasan dan usaha memupuk semangat kerjasama, toleransi, kesabaran dan menyemai budaya prihatin dalam kalangan masyarakat dan warga kastam dalam usaha membantu golongan yang kurang berkemampu­an,” katanya ketika berucap pada majlis pelepasan kayuhan amal itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Arunarnsin Taib berharap aktiviti sukan seumpama itu dapat memupuk nilai positif serta meningkatk­an mutu hidup dan kesejahter­aan masyarakat seterusnya membentuk insan yang berkualiti.

“Saya amat yakin aktiviti ini bukan sahaja mampu mengeratka­n silaturahi­m antara semua pegawai dan masyarakat yang menyertai kayuhan amal malah ia juga satu usaha murni kerana hasil sumbangan yang diperoleh melalui program ini disumbangk­an kepada mereka yang kurang berkemampu­an.

“Usaha penganjura­n seperti ini sangat kami alu-alukan kerana ia bukan sahaja menjana kesihatan fizikal dan mental, namun ia telah membina nilai insan atas kesedaran bersedekah,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia