Utusan Borneo (Sabah)

Puspanita Labuan diminta teruskan kerjasama dengan jabatan lain

- -Penerangan Labuan

LABUAN: Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmat­an Awam Malaysia (Puspanita) Labuan disaran untuk meneruskan kerjasama dengan jabatan-jabatan lain agar beban kewangan dapat dijimatkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Penasihat Puspanita Labuan Datuk Azhar Ahmad, adakalanya sesuatu program boleh dilaksana secara kerjasama jika ianya mempunyai matlamat yang sama seperti program kesihatan, kebajikan, aktiviti sukan dan lain-lain lagi.

“Oleh itu saya berharap Puspanita dapat merancang aktiviti tahunan dengan lebih efisien melalui peruntuk anyang disalurkan kepada persatuan setiap tahun,”katanya.

Azhar berharap Puspanita akan terus berbakti dan berpadu tenaga meningkatk­an imej persatuan.

“Puspanita Labuan telah mencapai tempoh 30 tahun penubuhann­ya, ini menunjukka­n Puspanita merupakan persatuan yang telah lama menjaga kebajikan ahli-ahlinya termasukla­h memberikan khidmat masyarakat di W.P Labuan.

“Saya dapati aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada tahun 2018 juga memberi manfaat kepada ahli terutama dalam bidang keusahawan­an.

“Begitu juga aktiviti lain seperti memberi sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampu­an dan semoga aktiviti seperti ini diteruskan pada tahun ini,”katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Puspanita Labuan Ke 30, pada Sabtu.

Sementara itu, Pengerusi Puspanita Labuan Datin Nuraini Mohammed berkata, sebanyak 28 aktiviti telah dijalankan pada 2018.

“Antara aktiviti itu ialah program kebajikan seperti penyampaia­n sumbangan kepada golongan pelajar yang kurang mampu sempena bulan Ramadan dan sumbangan kepada pesakit di Hospital Labuan, aktiviti riadah atau sukan seperti Pertanding­an Aerobikton dan Program Berjalan Untuk Sihat.

“Selain itu, aktiviti keusahawan­an iaitu latihan penyediaan katering, kelas membuat sabun, masakan dan aktiviti yang berbantuk kerohanian, sosial dan lawatan turut dijalankan ,” katanya.

Nuraini berkata, kesemua aktiviti yang dilaksanak­an adalah untuk memenuhi keperluan dan tanggung jawab Puspanita demi kebajikan ahli-ahli serta memberi khidmat kepada masyarakat setempat.

“Saya dapati penglibata­n ahli amat menggalakk­an dalam aktiviti dan program yang dijalankan dan berharap penglibata­n ahli-ahli Puspanita terus bertambah bagi tahun 2019,” tegasnya.

Pada majlis itu Azhar turut menyampaik­an Anugerah Cemerlang untuk anakanak ahli Puspanita dalam peperiksaa­n UPSR dan PT3.

 ??  ?? AZHAR (tengah), Nuraini (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para penerima Anugerah Cemerlang peperiksaa­n UPSR dan PT3.
AZHAR (tengah), Nuraini (empat dari kiri) bergambar kenangan bersama para penerima Anugerah Cemerlang peperiksaa­n UPSR dan PT3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia