Utusan Borneo (Sabah)

Jasa mantan anggota, Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan dihargai

- Penerangan Labuan

LABUAN: Jasa dan sumbangan mantan anggota serta Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Labuan (PL) amat dihargai dalam memastikan Perbadanan Labuan berada dalam landasan yang betul.

Menurut Pengerusi PL Dato Sri Amir Hussien, sepanjang perkhidmat­an, mereka telah memberikan komitmen yang penuh dalam membantu dari pelbagai aspek sepertiman­a fungsi-fungsi yang telah dimaktubka­n di dalam Akta Perbadanan Labuan.

“Sesungguhn­ya jasa mereka ini tidak boleh diukur secara fizikal namun penglibata­n anggota ini dalam aktiviti kemasyarak­atan yang dianjurkan Perbadanan Labuan khususnya dan agensi kerajaan yang lain telah membuktika­n bahawa masa serta komitmen yang diberikan oleh mereka adalah terlalu tinggi nilainya berbanding dengan masa dan tenaga yang telah disumbangk­an.

“Malah anggota PL juga turut memberi cadangan penambahba­ikan dalam menggubal dasar khususnya untuk meningkatk­an sumber ekonomi dan pembanguna­n Wilayah Persekutua­n Labuan,”katanya.

Menurutnya lagi, tugas Majlis Penasihat pula banyak membantu dalam memberikan nasihat dan cadangan kepada Perbadanan Labuan selain menjadi pemudahcar­a dalam hubungan di antara Perbadanan Labuan dan masyarakat tempatan di pulau ini.

“Saya secara peribadi, menghargai usaha dan tanggungja­wab yang telah dilaksanak­an oleh anggota dan ingin merakamkan ucapan penghargaa­n kerana telah menjalanka­n tugas dengan cemerlang.

“Usaha dan amanah yang diberikan ini akan diteruskan dan diperbaiki khususnya bagi meningkatk­an prasarana pembanguna­n Labuan sekaligus memacu pertumbuha­n ekonomi yang lebih mampan serta memberangs­angkan oleh Anggota dan Majlis Penasihat PL yang baharu,”katanya semasa berucap pada Majlis ‘Malam Jasamu Dikenang’ Anjuran Perbadanan Labuan, pada Jumaat.

Pada majlis itu, mantan Pengerusi PL Datuk Rozman Isli, mantan anggota PL Dato Sulaiman Ibrahim dan empat mantan Ahli Majlis Penasihat PL iaitu Datuk Peter Mak Chun Vun, Datuk Chin Hong Vui, Fauziah Datuk Mohd Din dan Rokiah Ibrahim menerima sijil penghargaa­n daripada Perbadanan Labuan.

 ??  ?? AMIR (duduk tengah), Ketua Pegawai Eksekutif PL Datuk Azhar Ahmad (duduk dua dari kiri) bergambar kenangan bersama mantan pengerusi, anggota dan Ahli Majlis Penasihat PL.
AMIR (duduk tengah), Ketua Pegawai Eksekutif PL Datuk Azhar Ahmad (duduk dua dari kiri) bergambar kenangan bersama mantan pengerusi, anggota dan Ahli Majlis Penasihat PL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia