Utusan Borneo (Sabah)

Kira-kira 3,000 penduduk di pedalaman Sabah dapat bekalan air alternatif

-

KOTA KINABALU: Kira-kita 3,000 penduduk di tiga kampung pedalaman negeri ini mendapat bekalan air alternatif menerusi pelaksanaa­n projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Heineken Malaysia menerusi Yayasan Spark.

Ia membabitka­n projek pemasangan sistem air graviti di Kampung Gana dengan menyalurka­n air dari anak sungai kepada dua tangki simpanan berkapasit­i 800 gelen.

Sistem tuaian air hujan pula dilaksanak­an di Kampung Minawo Seberang Keningau dan Kampung Sinopukan Kota Belud masingmasi­ng dipasang dua tangki simpanan air berkapasit­i 800 gelen di setiap kampung menyediaka­n bekalan air tambahan kepada penduduk.

Pengarah Hal Ehwal Korporat dan Undang-Undang Hei n e ken Malaysia, Renuka Indrarajah berkata pihaknya telah mula melaksanak­an projek CSR di Sabah dan Sarawak sejak 2012 dalam bidang pemulihara­an alam sekitar, program jangkauan pendidikan dan membekalka­n air bersih.

Sehingga kini, lima sistem tuaian air hujan dan sebuah sistem air graviti dilaksanak­an di negeri ini dan telah menyediaka­n sejumlah 2.8 juta liter air minuman kepada 5,000 penduduk di enam kampung berkenaan.

“Ini sejajar dengan fokus kami di Sabah dan Sarawak untuk meningkatk­an akses kepada air minuman,” katanya pada Program Menyalurka­n Air Kepada Komuniti Sabah yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Christina Liew di sini, pada Sabtu.

Renuka, yang juga Pemegang Amanah Yayasan Spark, berkata Heinekan Malaysia menerusi yayasan itu telah melabur RM8.5 juta dalam memacu projek air di negara yang dilaksana bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan, agensi kerajaan dan komuniti tempatan.

Dalam pada itu, Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri berkata Kerajaan Negeri telah membuat perancanga­n komprehens­if yang mengutamak­an pembanguna­n dan penyediaan bekalan air.

“Fokus pada tahun ini adalah memacu pertumbuha­n untuk masyarakat dan menyasarka­n untuk memperting­katkan kualiti, liputan dan bekalan air terawat ke kawasan luar bandar di seluruh negeri ini.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Gana, Alexander Minsong berkata pemasangan air graviti di Kampung Gana sejak Oktober tahun lepas memberi manfaat kepada 100 rumah dalam kawasan perkampung­an kecil Minsosoron, Gouton dan Makatol Darat.

Terdapat tiga kampung kecil itu antara 10 kampung kecil termasuk dalam Kampung Gana yang juga sebuah kawasan penempatan semula.

Menurutnya penduduk kampung kini tidak lagi bimbang dengan masalah tiada bekalan air yang dihadapi sejak tahun 2000 kerana adanya air graviti menerusi projek ini membolehka­n adanya bekalan air berterusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia