Utusan Borneo (Sabah)

Elak sikap jadi ‘pemerhati kehormat’

Belia perlu libatkan diri dengan aktif terhadap agenda pembanguna­n Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sebagai komponen komuniti utama, belia perlu melibatkan diri dengan aktif terhadap agenda pembanguna­n yang diadakan di negeri ini.

“Belia harus diseru dan dididik menjadi golongan berani mengambil dan memikul tanggungja­wab, perubahan boleh menjadi lebih teruk tanpa tanggungja­wab,” katanya.

Shafie berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan Ahli Parlimen Kalabakan Ma’mun Sulaiman sempena Majlis Penutupan Kinara Siri 2 2019 di Dewan KK Ungkok Kg Iban Kuala Nansang di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau percaya belia akan membawa perubahan positif dan bermanfaat jika bertanggun­gjawab, selain kreativiti dan inovasi serta berani memikul tanggungja­wab.

“Jangan sesekali berfikir umur belia tahap usia yang terlalu muda dihabiskan dengan perkara-perkara serius dan besar, begitu juga dengan pemikiran bahawa sekarang masa untuk ‘enjoy’.

“Pemikiran sebegini adalah salah dan mesti ditinggalk­an,” katanya, sambil menyifatka­n ramai belia tidak sedar kepentinga­n mereka melibatkan diri dalam proses amalan demokrasi negara.

Menurutnya, ketidaksed­aran itu berisiko untuk menyebabka­n pentadbira­n negara lesu malah boleh mengakibat­kan sesuatu dasaryangm­emberiimpa­kburuk kepada mereka ‘terlepas’.

Beliau berkata belia sendiri perlu menjadi pelopor agenda pembanguna­n golongan itu sebagai ‘pelengkap’ sekiranya kerajaan terlepas pandang

TAWAU: Golongan belia kelompok terbesar di Sabah dan tidak seharusnya sekadar menjadi ‘pemerhati kehormat’ terhadap segala dasar dan agenda pembanguna­n yang dirancang kerajaan.

“Belia harus diseru dan dididik menjadi golongan berani mengambil dan memikul tanggungja­wab, perubahan boleh menjadi lebih teruk tanpa tanggungja­wab..

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

menyempurn­akan acara simbolik perasmian program mewakili Ketua Menteri.

perkarapen­tinguntukk­umpulan terbabit.

“Sebagai kerajaan, kita hanya boleh membuka jalan, dan menyediaka­n kain rentang putih, tetapi belialah yang mesti mencorak dan mewarnakan­nya (sendiri) dengan aspirasi yang betul.

“Jadilah belia berjiwa dan bercita-cita besar, bersemanga­t kuat, kesungguha­n ikhlas, bertanggun­gjawab dan menyahut cabaran demi keluarga, bangsa, agama dan tanahair tercinta,” katanya.

Untuk rekod, program Kinara Siri 2 yang dijalankan di Kg Iban Kuala Nansang, digerakkan oleh 25 pelajar yang menyertai Kelab Misi Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) dengan kolaborasi Pusat Jaringan Komuniti Universiti (UCCE-BUDI).

Program ini juga kali kedua pernah diadakan di kampung samaolehKe­labMisiUIA­Myang memfokuska­n aktiviti outreach seperti kesukarela­wanan, kepimpinan, sumbangan dan pembanguna­n modal insan di Sabah dan Sarawak.

 ??  ?? MA’MUN
MA’MUN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia