Utusan Borneo (Sabah)

MYDIN sambut Pesta Ponggal 2019

- Oleh ADRIANA MROON AMBROSE Siti Hawa (kiri) tertarik dengan dekorasi Ponggal yang dibuat oleh peserta.

SUBANG JAYA: Dalam menyemai sifat keharmonia­n dalam kalangan kaum dalam negara ini Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) berbesar hati berkolabor­asi bersama radio Astro Raaga untuk mengadakan Pesta Ponggalsec­arabesar-besaran sempena perayaan Ponggal di cawangan MYDIN USJ, Subang Jaya, Selangor, pada Sabtu.

Acara yang diadakan itu memberi peluang kepada setia pelanggan MYDIN untuk merasai sendiri pengalaman meraikan pesta ini sekali gus memeriahka­n setiap perayaan yang disambut setiap kaum di negara ini.

Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Ameer Ali Mydin, berkata, MYDIN sentiasa menyambut setiap perayaan bagi menterjema­h rasa sayang, hormat dan bersatu padu terhadap masyarakat kita yang berbilang kaum dan budaya.

“Melihat orang ramai yang hadir pada hari ini membuktika­n yang kita amat harmoni,” katanya.

Ameer Ali turut berharap pesta yang diadakan itu akan membawa keceriaan dan kebahagiaa­n kepada pelanggan di samping memberi mereka peluang menikmati keseronoka­n membeli-belah di MYDIN.

“Saya juga berharap perayaan seumpama ini perlu disambut peruncit lain bagi memastikan Malaysia yang lebih meriah.

“Diatas kesempatan ini juga saya ingin mengucapka­n ‘Happy Ponggal’,”katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Mydin, Datin Dr. Siti Hawa Mohd.

Pesta yang turut mendapat kerjasama stesen radio Astro Raaga itu merupakan inisiatif bersama yang bertujuan untuk membangkit­kan muafakat segenap lapisan masyarakat.

Pesta yang diadakan di MYDIN USJ ini bermula jam 4 petang dan tamat pada jam 9 malam.

Pesta yang diadakan di ruangan parkir terbuka MYDIN USJ itu terbuka kepada orang ramai menyertain­ya.

Antara aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Thaipongga­l di Mydin ini adalah persembaha­n artis tempatan, penyediaan masakan Ponggal terbaik, pertanding­an pakaian tradisiona­l tercantik bagi peserta dan dekorasi kawasan memasak Ponggal paling kreatif serta banyak lagi lagi.

Pemenang bertuah turut berpeluang membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM 10,000 yang ditawarkan.

Pesta perayaan Ponggal yang juga mendapat tajaan bersama Enrico’s dan Trichy ini diharap dapat diteruskan bagi menambah kemeriahan setiap sambutan perayaan yang diraikan di negara kita yang rakyatnya berbilang kaum tanpa mengira agama dan budaya.

Hari Thaipongga­l yang diraikan kaum India pada pertengaha­n Januari ini merupakan perayaan yang penuh kegembiraa­n terhadapke­hidupandan­alam semulajadi yang memberi rezeki yang berkaitan dengan hasil ternakan dan tanaman.

Perayaan Ponggal yang memberi maksud ‘melimpah’ ini dirayakan selama empat hari berturuttu­rut ini merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

 ??  ?? DR
DR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia