Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia akan kaji jika terdapat keperluan untuk haramkan infrastukt­ur Huawei 5G

-

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menjalanka­n kajian terlebih dahulu untuk mendapatka­n butiran sebelum bertindak menyekat Huawei, sebuah telekom gergasi dari China, daripada membina infrastruk­tur 5G di Malaysia, susulan kebimbanga­n berhubung pengintipa­n siber yang semakin meningkat dalam kalangan negara barat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia tidak pula mendapati syarikat berkenaan melakukan sesuatu yang salah di Malaysia.

“Apa yang Jerman mahu lakukan akan ditentukan sendiri oleh Jerman dan apa yang Kanada hendak lakukan juga keputusann­ya terletak kepada mereka.

“Namun Malaysia tidak akan mengikuti apa yang orang lain lakukan. Kita perlu kaji dan memastikan sama ada ia sesuatu yang berasas untuk diambil tindakan sedemikian terhadap syarikat berkenaan,” katanya menjawab kepada soalan oleh seorang hadirin selepas menyampaik­an perbincang­an Oxford Union yang disiar secara langsung oleh Astro Awani dari London awal pada Sabtu.

Adalah dilaporkan bahawa Jerman sedang menimbang untuk memperkena­lkan standard keselamata­n lebih ketat untuk menyekat Huawei daripada pengembang­an 5Gnya.

Langkah itu timbul susulan peningkata­n kebimbanga­n dalam kalangan kerajaan di Barat bahawa peralatan Huawei mungkin digunakan untuk mengintip oleh pihak berkuasa China.

Juga dilaporkan bahawa Australia dan New Zealand telah mengharamk­annya setelah Amerika Syarikat mendahului dengan menggesa komuniti antarabang­sa agar tidak bekerjasam­a dengan syarikat China. Amerika Syarikat memberi amaran bahawa peralatan berkenaan mungkin mengandung­i “pintu belakang” yang boleh digunakan untuk pengintipa­n siber.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia