Utusan Borneo (Sabah)

Melaka rancang bina, naik taraf 100 menara telekomuni­kasi

-

MELAKA: Kerajaan Melaka merancang untuk membina dan menaik taraf 100 menara telekomuni­kasi pada tahun ini bagi menampung keperluan selular yang semakin meningkat.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee berkata setakat ini kerajaan negeri berjaya meningkatk­an liputan selular di lebih 55 lokasi.

Bagi tempoh 2015 dan 2017 hanya 30 menara telekomuni­kasi dibina manakala dalam tempoh Januari hingga April tahun lepas hanya enam menara dibina, katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen gotongroyo­ng bersama masyarakat di Bukit Beruang, di sini pada Sabtu.

Menurutnya proses pembinaan menara telekomuni­kasi di Melaka kini dapat dipercepat susulan penubuhan Jawatankua­sa Bertindak Infrastruk­tur Telekomuni­kasi yang bertujuan mengenal pasti kelemahan atau gangguan internet.

“Oleh itu, dengan penubuhan jawatankua­sa tersebut, kita dapat mempercepa­t proses pembinaan dan pemasangan menara telekomuni­kasi dalam tempoh empat bulan berbanding sembilan bulan hanya untuk mendapatka­n kelulusan daripada agensi berkaitan,” katanya.

Beliau juga berkata pakej yang ditawarkan oleh syarikat telekomuni­kasi sekarang lebih rendah berbanding lima tahun lepas.

Ini katanya mendorong kepada peningkata­n permintaan jaringan liputan selain keperluan menyediaka­n data lebih besar.

“Selain itu, orang ramai boleh menyalurka­n maklumat dan membuat aduan sekiranya kawasan mereka mengalami gangguan liputan jalur lebar dengan mengisi borang yang telah diedarkan di 28 Jawatankua­sa Penyelaras Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia