Utusan Borneo (Sabah)

Fuziah nafi kerajaan negeri guna jentera kerajaan untuk berkempen

-

TANAH RATA: Anggota Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempertika­ikan penganjura­n Karnival Asas Tani Peringkat Pahang 2019 di Felda Sungai Koyan 1 pada Sabtu, yang disifatkan­nya mengguna jentera kerajaan untuk berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands.

Fuziah, yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, berkata pengurus Felda kawasan itu telah diberikan arahan untuk mengeluark­an surat jemputan ke karnival itu bagi pihak penganjur iaitu Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladanga­n dan Bioteknolo­gi Pahang.

“Dan agensi-agensi Kerajaan Persekutua­n juga digunakan untuk datang seperti MARDI (Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia) untuk menjayakan program ini.

“Saya ada bukti di mana ada surat di sini yang dikeluarka­n kepada semua peneroka Felda di situ (untuk hadir ke karnival) yang diarahkan oleh exco Kerajaan Negeri tanpa pengetahua­n Menteri pun,” katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.

Fuziah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menasihati Kerajaan Negeri di bawah pentadbira­n Barisan Nasional untuk belajar daripada kesilapan lepas dan berhati-hati dalam berkempen.

Malahan, katanya, Kerajaan Persekutua­n sendiri amat berhati-hati sepanjang berkempen bagi memastikan jentera kerajaan tidak digunakan.

Terdahulu, berhubung kadar bayaran tempat letak kenderaan di Cameron Highlands, calon Pakatan Harapan (PH) dalam PRK Cameron Highlands, M. Manogaran berkata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wa nI s m a i l telah mengeliruk­an rakyat dengan menyatakan hanya kawasan pelanconga­n sahaja yang dikenakan caj parkir oleh Majlis Daerah Cameron Highlands.

Namun Manogaran berkata, terdapat juga kawasan perumahan termasuk di sekitar pekan Tanah Rata yang turut dikenakan caj itu.

“Jadi saya minta beliau jangan mengeliruk­an (mislead) rakyat dengan menyatakan kawasan pelanconga­n sahaja yang akan dicaj tetapi sebenarnya kawasan perumahan kena juga,” katanya.

PRK berkenaan yang diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov lepas mengisytih­arkan kemenangan Datuk C. Sivarraajh daripada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) bagi Parlimen itu terbatal dan tidak sah, menyaksika­n pertanding­an empat penjuru antara Manogaran, Mohd Ramli Nor (BN), Sallehudin Ab Talib (Bebas) dan Wong Seng Yee (Bebas).Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia