Utusan Borneo (Sabah)

JKOASM harap k’jaan Persekutua­n laksana syor Suhakam

-

KUALA LUMPUR: Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjun­g Malaysia (JKOASM) berharap kerajaan Persekutua­n dapat melaksanak­an syor-syor Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dalam Inkuiri Nasional hak tanah Orang Asli bagi melindungi dan mengiktira­f tanah komuniti itu.

Pengerusi JKOASM Tijah Yok Chopil berkata tindakan penyelesai­an jangka panjang yang lebih menyeluruh perlu diambil bagi menyelesai­kan perkara itu.

Beliau juga berharap kerajaan menggubal satu undangunda­ng dan akta pengiktira­fan tanah berdasarka­n kepada kes-kes Orang Asli yang menang di mahkamah.

“Walaupun kebajikan Orang Asli ada sedikit diambil kira (tidak menyeluruh dan tidak sempurna) oleh pemerintah sebelum ini, mereka telah mengabaika­n hak Orang Asli ke atas tanah atau wilayah tanah adat sejak sekian lama.

“Kedudukan Orang Asli selama ini hanya menumpang di atas bumi sendiri tanpa jaminan yang kuat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, JKOASM mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Peguam Negara atas usaha-usaha komited yang dilakukan bagi mencari jalan penyelesai­an terhadap isu tanah di Kelantan.

“Kerja keras semua pihak yang terlibat termasuk aktivis Orang Asli tempatan atau di seluruh Malaysia serta komuniti akar umbi di Gua Musang, Kelantan telah memberi keyakinan kepada semua pihak bahawa hak Orang Asli harus dihormati dan dikembalik­an,” katanya.

Pada Jumaat, Jabatan Peguam Negara memfailkan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu bagi pihak kerajaan Persekutua­n untuk mendapatka­n pengiktira­fan hak tanah adat Orang Asli Temiar di Pos Simpor berdekatan Gua Musang.

Kenyataan itu yang memetik Peguam Negara Tommy Thomas juga berkata bahawa Jabatan Peguam Negara turut memfailkan injunksi bagi menghalang penceroboh­an dan pemusnahan tanah adat demi keuntungan komersil pihak swasta.

Sementara itu, Pengerusi Suhakam Tan Sri Razali Ismail dalam kenyataan di sini berkata sekiranya tanggungja­wab untuk melaksanak­an rundingan diabaikan, kelulusan atau permit syarikat-syarikat pembalakan yang terlibat harus dibatalkan.

“Adalah diharapkan tindakan ini akan menjadi contoh yang seharusnya diambil oleh kerajaan negeri bagi memelihara hak Orang Asli pada masa depan.

“Suhakam turut bercadang untuk menghantar pemerhati bagi mengikuti perkembang­an kes ini secara terperinci,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia