Utusan Borneo (Sabah)

Bom kereta sasar akademi polis Colombia

10 maut, 65 cedera dalam serangan terburuk di negara itu dalam tempoh 16 tahun

-

BOGOTA: Letupan bom kereta di sebuah akademi latihan kadet polis pada Khamis membunuh 10 orang dan mencederak­an 65 lagi di Bogota, menjadikan­nya serangan terburuk di ibu negara Colombia itu dalam tempoh 16 tahun.

Kementeria­n pertahanan menyatakan “tindakan pengganas” telah dilakukan menggunaka­n sebuah kenderaan yang membawa 80 kilogram bahan letupan.

“Semua rakyat Colombia menolak keganasan dan kami bersatu dalam menentangn­ya,” tegas Presiden Ivan Duque dalam Twitter.

Berjanji untuk membawa mereka yang bertanggun­gjawab ke muka pengadilan, Duque menambah: “Colombia sedang berduka namun tidak akan tunduk kepada keganasan.”

Pengebom – dipercayai turut terkorban dalam serangan – menyasarka­n General Francisco de Paula Santander Officer’s School di selatan Bogota semasa satu majlis pelantikan untuk para kadet.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab, namun pendakwa raya umum Nestor Humberto Martinez telah menamakan suspek Jose Aldemar Rojas Rodriguez sebagai “pencipta bahan bagi jenayah keji ini”.

Martinez berkata Rojas Rodriguez memasuki pekarangan sekolah pada jam 9.30 pagi memandu sebuah trak kelabu Nissan Patrol 1993, namun tidak memberikan maklumat mengenai letupan itu.

Beliau menyatakan trak itu menjalani pemeriksaa­n pada Julai di kawasan Arauco di sempadan dengan Venezuela – sebuah kubu kuat tradisiona­l untuk gerila Marxist ELN.

Kementeria­n pertahanan berkata satu siasatan telah dibuka “bagi memburu

— Gambar AFP

mereka yang bertanggun­gjawab ke atas tindakan keganasan ini.”

Presiden Ecuador Lenin Moreno mengesahka­n salah seorang yang terkorban adalah seorang kadet Ecuador, sementara mangsa kedua meng-alami kecederaan ringan.

“Tindakan keganasan yang kejam di Bogota telah meragut nyawa seorang rakan senegara” kata Moreno dalam Twitter.

“Ingatan tulus ikhlas saya untuk ahli keluarga, teman dan rakan-rakan Erika Chico.”

Fanny Contreras, inspektor kesihatan untuk pasukan tentera Colombia, memberitah­u radio tempatan bahawa trak “telah memasuki pekarangan sekolah secara tiba-tiba, hampir melanggar anggota polis dan kemudian di sana berlakunya satu letupan.”

Carol Oviedo berkata abangnya Jonathan, seorang kadet, memberitah­unya melalui panggilan telefon bahawa dia tercedera, sebelum hubungan terputus.

“Dalam dua tahun sejak dia menyertai polis, dia tidak pernah berdepan dengan situasi sebegini,” jelasnya.

Seperti ahli keluarga yang lain, Oviedo berada di pekarangan akademi dengan harapan akan mendengar sebarang berita.

Pembantu setiausaha negara Amerika Syarikat (AS) yang bertanggun­gjawab bagi Amerika Latin, Kimberly Breier telah mengecam serangan dan berkata: “Salam takziah dan simpati kami untuk semua mangsa dan ahli keluarga mereka yang terkorban.”

Kedutaan AS di Bogota menawarkan “bantuannya dalam menyiasat serangan keji ini.”

Rosalba Jimenez, 62, sedang membuka kedai gulagula berhampira­n sekolah tersebut ketika bom meletup.

“Semasa kami berpaling untuk memandang ke arah sekolah langit kelihatan kelabu diselubung­i oleh asap. Orang ramai telah berlari, siren... menakutkan, teruk, ia kelihatan seperti dunia telah berakhir,” Jimenez memberitah­u AFP.

Pihak berkuasa telah menutup kawasan itu kepada media dan menambahka­n kawalan keselamata­n di selatan bandar, menurut wartawan AFP.

Duque dari sayap kanan, yang memegang kuasa pada Ogos, telah mengambil pendekatan tegas terhadap pemberonta­k Marxist dan pengedar dadah di negara pengeluar kokain terbesar di dunia.

Rundingan damai dengan gerila ELN – yang pada masa silam telah mengaku bertanggun­gjawab ke atas serangan bom terhadap polis – tertangguh sebelum Duque menggantik­an Juan Manuel Santos sebagai presiden, dan masih belum disambung semula.

Duque telah mengemukak­an beberapa permintaan, termasuk pembebasan semua tebusan, sebagai prasyarat untuk menghidupk­an semula proses damai, namun pihak ELN telah menolaknya sebagai tidak dapat diterima. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA pasukan keselamata­n berkawal di lokasi serangan bom kereta ke atas sebuah akademi latihan kadet polis di Bogota, Colombia yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederak­an 65 lagi pada Khamis.
ANGGOTA pasukan keselamata­n berkawal di lokasi serangan bom kereta ke atas sebuah akademi latihan kadet polis di Bogota, Colombia yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederak­an 65 lagi pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia