Utusan Borneo (Sabah)

Bekas perempuan simpanan dakwa Guzman pujuknya seludup dadah

-

NEW YORK: Seorang bekas perempuan simpanan ketua jenayah Mexico, Joaquin ‘El Chapo’ Guzman memberi keterangan pada Khamis bahawa ketua kartel itu memujuknya untuk menjalani kehidupan sebagai penyeludup dadah, dengan membawa ratusan kilogram ganja pada satu masa di atas pesawat.

“Sehingga hari ini, saya keliru kerana saya sangka ia adalah satu hubungan romantik,” kata Lucero Guadalupe Sanchez Lopez, 29, kepada mahkamah Bandar Raya New York di mana Guzman berdepan dengan tuduhan penyeludup­an, senjata api dan pengubahan wang.

Sanchez, yang ditangkap pada 2017 ketika dia merentasi sempadan dari Mexico untuk memasuki San Diego dan dituduh berkonspir­asi untuk menyeludup kokain, memberitah­u juri bahawa dia mengenali Guzman ketika dia berusia 21 tahun.

Guzman menghantar­nya untuk bekerja dalam “Segi Tiga Emas” di sepanjang sempadan negeri Durango, Sinaloa dan Chihuahua dalam Mexico, dengan membeli ganja “yang bagus, cantik dan murah”, kata Sanchez.

Dia kemudian memunggah pesawat dengan 400 kilogram dadah tersebut.

Sanchez berkata dia tidak pernah menerima bayaran untuk kerjanya.

Dia berkata hubunganny­a dengan Guzman, 61, yang terkenal kerana menjalin hubungan romantik dengan empat atau lima wanita yang berlainan pada satu masa, bermula pada Februari 2011.

Isteri raja dadah itu, Emma Coronel, mengandung dengan anak kembar mereka.

Pihak pendakwaan berkata Sanchez dan Guzman membincang­kan urusan ganjanya menerusi mesej rahsia dan merujuk kepada satu sama lain sebagai “Lovely” atau “M” dalam teks pesanan ringkas menggunaka­n telefon bimbit Blackberry yang mereka padam setiap beberapa minggu.

Sanchez berkata dia takut Guzman akan mencederak­annya.

“Mafia membunuh orang yang tidak membayar atau memberi maklumat tentang mereka, tetapi bukan mereka yang serius,” Guzman menulis kepadanya.

Sanchez menghadapi hukuman penjara 10 tahun sehingga seumur hidup tetapi meng-harapkan hukuman lebih ringan bagi kerjasaman­ya dengan pihak pendakwaan.

Guzman, yang dituduh menyeludup lebih 155 tan dadah ke Amerika Syarikat, boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah. — AFP

 ??  ?? SANCHEZ
SANCHEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia