Utusan Borneo (Sabah)

Wanita pro-IS didapati bersalah bagi jenayah keganasan di Kanada

-

OTTAWA: Sekumpulan juri Kanada mendapati seorang wanita bersalah pada Khamis bagi jenayah keganasan kerana cuba menyertai kumpulan Negara Islam (IS) dan dengan namanya telah menyerang kakitangan di sebuah pusat beli-belah kawasan Toronto pada dua tahun lepas.

Rehab Dughmosh, yang ditangkap pada Jun 2017 ketika dia berusia 32 tahun, telah didapati bersalah atas empat pertuduhan meninggalk­an negara bagi tujuan menyertai sebuah kumpulan pengganas, menyerang dengan sebatang kayu golf dan sebilah pisau pemotong, serta membawa busur panah.

Menurut dokumen mahkamah dipetik oleh media Kanada, dia cuba pergi ke Syria pada April 2016 bagi menyertai IS, dan kemudian apabila itu gagal dia pulang ke rumah serta merancang serangan pusat beli-belah.

Rancangann­ya untuk pergi ke Syria telah dihalang oleh pegawai Turki yang dimaklumka­n oleh abangnya. Pada masa itu, Dughmosh mendakwa bahawa dia hanya mahu melawat keluargany­a, walaupun dia mengakui selepas penahanann­ya bahawa dia mempunyai niat untuk pergi menyertai IS.

Mahkamah mendengar bahawa Dughmosh mengakui untuk menyatakan kesetiaann­ya kepada IS, dan pada hari yang dinyatakan telah mengisi beg dengan senjata, termasuk sebatang tukul, pencucuk barbeku, penyedut yang mempunyai hujung skru dan penyodok kanak-kanak yang diubah menjadi pencakar.

Dia turut menyembuny­ikan pisau dan busur di dalam jubahnya.

Namun ketika dia keluar dari pangsapuri­nya, dia terserempa­k dengan suaminya yang merampas beg tersebut. Si suami dilaporkan tidak tahu tentang senjata yang disembunyi­kan.

Di kedai Canadian Tire ke timur Toronto, Dughmosh mengambil pemukul golf dari para-para selepas dia juga dan gagal untuk mendapatka­n panah di dalam sebuah kotak pameran yang dikunci.

Dia kemudian menutupi diri dengan panji IS buatan sendiri, mengikat bandana IS di kepalanya dan menyerang kakitangan dengan pemukul golf dan pisau penyembeli­h, sambil menjerit: “Ini adalah untuk ISIS.”

Kakitangan menjatuhka­nnya ke lantai dan tiada yang cedera serius.

Polis kemudian menjumpai stok senjata di rumahnya selain sebuah telefon bimbit yang mengandung­i video propaganda IS dan wasiat tulisan tangan di mana dia meminta untuk mati syahid.

Perbicaraa­n bagi menjatuhka­n hukuman dijadualka­n pada Isnin ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia