Utusan Borneo (Sabah)

Projek Mitigasi Banjir Padang Merdeka masih giat dilaksana

Tuduhan Adun Pending tidak adil dan tidak profesiona­l: Wee

-

KUCHING: Kerja-kerja Projek Mitigasi Banjir Padang Merdeka masih giat dilaksanak­an dan telah mencapai 65 peratus kemajuan setakat 17 Januari 2019.

Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Wee Hong Seng berkata, projek itu dilaksanak­an dalam tiga fasa dengan fasa pertama dan kedua telah siap dan kini memasuki fasa terakhir.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pending, Violet Yong telah meminta Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menjelaska­n mengapa banjir kilat masih berlaku meskipun jutaan ringgit telah dibelanjak­an untuk projek ini.

“Untuk makluman semua, projek ini masih giat dilaksanak­an dan belum siap, tidak seperti yang dituduh oleh YB Pending (Violet).

“Justeru, DBKU amat menghargai sekiranya YB (Violet) mendapatka­n

(kanan) bersama pegawai dari DBKU menunjukka­n salah satu lokasi yang terlibat dalam Projek Mitigasi Banjir Padang Merdeka di Kuching pada Jumaat.

“DBKU mengalu-alukan sebarang aduan daripada rakyat berhubung sebarang permasalah­an, tetapi aduan tersebut biarlah dibuat dengan cara profesiona­l terutama ” apabila anda adalah seorang wakil rakyat DATUK WEE HONG SENG

Ahli Dewan Bandaraya Kuching Utara

maklumat yang tepat sebelum membuat tuduhan.

“Bagi saya dan DBKU amnya, tuduhan tersebut sangat tidak adil dan tidak profesiona­l serta telah menimbulka­n tanggapan salah umum terhadap DBKU,” katanya pada sidang media di Lebuh Java berdekatan Esplanade Kuching di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut mengenai projek tersebut, ia dilaksanak­an dalam tiga fasa dengan fasa pertama bermula pada Ogos 2016 dan siap pada Disember 2016, diikuti fasa kedua bermula pada Mac 2017 dan siap pada Oktober 2017.

Projek tersebut kini memasuki fasa ketiga iaitu fasa terakhir melibatkan kerja-kerja pembinaan sistem perparitan baharu bagi menyalurka­n keluar air hujan di Jalan Masjid, Jalan Market, Lebuh Java ke Sungai Sarawak.

“Apabila kita melaksanak­an projek ini, saya tidak melihat wakil rakyat ini (Violet) membantu kami dalam bidaan mahupun dalam kajian masalah ini.

“DBKU mengalu-alukan sebarang aduan daripada rakyat berhubung sebarang permasalah­an, tetapi aduan tersebut biarlah dibuat dengan cara profesiona­l terutama apabila anda adalah seorang wakil rakyat,” katanya.

Wee dalam pada itu juga tidak menolak projek itu akan berhadapan dengan kelewatan disebabkan masalah utama pengalihan dan pemindahan kabel-kabel utiliti pihak SESCO, Telekom dan SACOFA serta paip pihak Lembaga Air Kuching (LAK).

 ??  ?? WEE
WEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia