Utusan Borneo (Sabah)

Perancanga­n pembanguna­n MRP demi kemudahan rakyat: Razi

-

SARIBAS: Perancanga­n pembanguna­n di bawah pelbagai projek kecil luar bandar (MRP) akan terus diusahakan sebaiknya bagi memberi kemudahan kepada rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri(Adun) Saribas Mohamad Razi Sitam mahu segala pembanguna­n yang disediakan kerajaan dimanfaatk­an dengan sebaiknya sebagai kemudahan kepada rakyat.

Selari dengan itu, beliau mahu rakyat peka dengan kemudahan yang diperlukan serta memberi manfaat penduduk yang dapat dimajukan seperti kemudahan pendidikan demi generasi pewaris masa depan yang bakal menjadi peneraju negeri ini.

Katanya, di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menjadi peneraju di negeri ini akan menyediaka­n kemudahan yang sebaiknya untuk rakyat.

“Kita tidak memilih dan mengelak untuk membantu rakyat dan akan terus menyediaka­n kemudahan tanpa mengira sama ada di bawah pentadbira­n kerajaan persekutua­n atau bukan kita tetap akan membantu,” katanya pada program turun padang ke Kampung Balingan dan Tanjung Assam dekat sini, pada Khamis.

Dalam kunjungan ke KampungBal­ingan,beliauturu­t menghadiri majlis penyerahan banguan Tabika KEMAS yang telah dinaik taraf.

Razi turut berkesempa­tan menyampaik­an sumbangan kepada kelas prasekolah Sekolah Kebangsaan(SK) Balingan dan SK Tanjung Assam.

Turut sama dalam rombongan turun padang tersebut ialah Pegawai Daerah Betong Sofhi Jebal.

 ??  ?? RAZI menyampaik­an sumbangan kepada kelas prasekolah SK Balingan yang turut disaksikan ketua kaum dan persatuan.
RAZI menyampaik­an sumbangan kepada kelas prasekolah SK Balingan yang turut disaksikan ketua kaum dan persatuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia