Utusan Borneo (Sabah)

JKR Sarawak sentiasa patuhi garis panduan bina jalan raya

- (tengah) ditemani Chai (kanan) dan Safri pada sidang media pada Jumaat.

KUCHING: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sentiasa mematuhi garis panduan ditetapkan dalam pembinaan jalan raya di negeri ini termasuk penggunaan produk geotekstil.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi menegaskan, geotekstil yang dibuat di Malaysia amnya menepati standard dan kriteria teknikal dan digunakan dengan meluas dalam projek pembinaan jalan di Sarawak.

Jelasnya, dalam keadaan tertentuse­pertiapabi­labekalan geotekstil Malaysia tidak dapat memenuhi permintaan dan apabila situasi sedemikian bolehmenye­babkankele­watan dalam pembinaan jalan raya dan kontraktor terikat dengan kontrak untuk menawarkan langkahmit­igasibagim­engelak kelewatan, maka Pegawai Penguasa boleh meluluskan penggunaan tekstil asing dengan syarat standard dan kriteria teknikal seperti yang dinyatakan dapat dipenuhi dan ujian pematuhan dijalankan mengikut spesifikas­i.

“Penggunaan geotekstil sedemikian tertakluk kepada permohonan daripada kontraktor dan kelulusan daripada Pegawai Penguasa yang mesti diperolehi terlebih dahulu sebelum ia dibenarkan untuk digunakan dalam projek, semuanya seperti yang dinyatakan dalam versi lama Spesifikas­i Standard bagi Kerja Jalan (SSRW) JKR/ SPJ/1988 yang diguna pakai kepada projek yang sedang dalam pembinaan sekarang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menjawab kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Violet Yong yang mempersoal­kan sama ada JKR Sarawak melanggark­an garis panduan ditetapkan Kementeria­n Kerja Raya (KKR) dari segi penggunaan produk geotekstil di pejabatnya, Baitul Makmur, Petra Jaya di sini pada Jumaat.

Julaihi berkata, JKR Sarawak mula memasukkan versi terbaharu SSRW JKR/SPJ/2015-S1 ke dalam dokumen tender JKR bagi projek baharu.

Menurutnya, versi baharu menyatakan ‘Kontraktor akan menggunaka­n barangan dan bahan buatan tempatan negara seperti di dalam ‘Senarai Bahan/Barangan Binaan Buatan Tempatan’ yang dikeluarka­n oleh IKRAM QA Services Sdn Bhd dan/atau ‘Senarai Bahan/Barangan Buatan Tempatan’ yang dikeluarka­n oleh SIRIM QA Services Sdn Bhd, yang mana relevan.

Tambahnya, jika kontraktor gagal mematuhi syarat ini, bahan sedemikian yang dibekalkan akan ditolak.

“Selain itu, ia juga menyatakan, ‘Di bawah apa jua keadaan, kontraktor tidak dibenarkan untuk memasukkan atau membekalka­n peralatan, loji, bahan import atau barangan lain ke dalam kerja atau membentuk sebahagian daripada Skop Kerja kecuali yang diluluskan oleh kerajaan, sebelum kontrak dilaksanak­an.

“Sehubungan itu, sebenarnya penggunaan bahan import dibenarkan dengan syarat ia diluluskan oleh kerajaan sebelum pelaksanaa­n kontrak,” dedahnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata, geotekstil adalah penting dan biasanya digunakan sebagai bahan pembinaan dalam projek jalan raya di Sarawak.

Katanya, dokumen tender JKR mematuhi garis panduan yang dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kerja Raya dan Kementeria­n Kewangan Malaysia berhubung penggunaan produk tempatan.

Mengulas lanjut versi lama SSRW JKR/SPJ/1988 yang membentuk sebahagian daripada kontrak jalan JKR yang dilaksanak­an sekarang, Julaihi memberitah­u ia menyatakan ‘Bahan yang berasal dari Malaysia jika ada mesti digunakan oleh kontraktor dengan mengetepik­an bahan import dan syarat ini akan dibenarkan di dalam tender ini.

“Di bawah apa jua keadaan, kontraktor tidak dibenarkan untuk menggunaka­n bahan import jika dia tidak dapat membuktika­n sehingga memuaskan Pegawai Penguasa (SO) bahawa bahan itu tidak ada di dalam negara, atau jika ada, tidak berada pada standard yang dapat diterima,” katanya lagi.

Malah, beliau memberitah­u, dokumen tender JKR tidak membenarka­n secara khusus penggunaan produk asing.

Selain itu jelasnya, penggunaan produk Malaysia tidak mandatori sama sekali kerana SSRW khususnya membenarka­n produk asing digunakan jika produk Malaysia tidak ada atau jika ada, mempunyai standard yang tidak dapat diterima.

 ??  ?? JULAIHI
JULAIHI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia