Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa, PIBG perlu kerjasama, proaktif tangani masalah pelajar terjebak dadah

-

SIBU: Ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) digesa saling bekerjasam­a dan memainkan peranan proaktif menangani masalah penyalahgu­naan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuaar Rapa’ee berkata, langkah awal ialah mengenal pasti pelajar terlibat dengan dadah bukan sahaja melalui ujian positif dadah tetapi tingkah laku mereka di sekolah.

Oleh itu katanya, pelajar yang mempunyai masalah pembelajar­an di sekolah seperti kurang minat belajar dan prestasi merosot lebih cenderung terjebak dengan penyalahgu­naan dadah.

“Justeru, ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam isu ini dan tidak wajar mengambil sikap penafian jika anak mereka disyaki atau melihattab­iatluardar­ikebiasaan seperti tidak memberi tumpuan kepada belajar dan tidak mahu ke sekolah.

“Ini adalah tanda-tanda pelajar itu tidak minat untuk belajar dan mungkin mempunyai masalah lain,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Minggu Transisi Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Ali di sini, pada Jumaat.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Superinten­den Sahar Abdul Latif mendedahka­n tahun lalu Sarawak mencatatka­n jumlah pelajar positif dadah teramai iaitu 301 orang berbanding negeri-negeri lain di seluruh negara.

Perkara itu didedahkan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuching pada Khamis.

Sehubungan itu, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam itu meluahkan kebimbanga­n terhadap isu tersebut dan menegaskan ia harus dipandang serius.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia