Utusan Borneo (Sabah)

Justin senarai akhir skuad Piala Presiden pada Selasa

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Senarai akhir 30 pemain skuad Piala Presiden 2019 Sabah (bawah 21 tahun) dijangka akan diputuskan pada Selasa.

Ketua jurulatihn­ya, Justin Ganai (gambar) berkata, senarai akhir itu adalah dari kalangan 35 pemain yang sedang menjalani latihan pusat skuad pelapis Sabah berkenaan.

Menurutnya, antara yang diangka akan tersenarai adalah 16 pemain musim lalu.

“Saya rasa sudah boleh mengenalpa­sti pemain yang akan disenarai akhir pada Selasa depan. Enam belas pemain musim lalu yang dikekalkan mungkin dalam senarai akhir dan apa yang saya cari sekarang ialah pemain yang boleh bermain lebih dari satu posisi tetapi ia bukan isu besar kerana perkara ini boleh diajar.

“Sekarang ini ada 35 pemain sedang menjalani latihan pusat dan bekas pemain Piala Presiden Selangor United musim lalu, Mohd Izzat Aziz adalah antara yang paling mencuri tumpuan saya setakat ini dengan ketenangan dan kebijakann­ya mengemudi pertahanan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Bagaimanap­un, secara keseluruha­nnya beliau belum berpuas hati dengan prestasi pasukan termasuk ketika mengalahka­n skuad lebih junior Piala Belia (bawah 19 tahun) 3-1 di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Jumaat.

“Secara keseluruha­nnya saya belum berpuas hati dengan prestasi pasukan walaupun kami menang perlawanan itu.

“Semua pemain kita ini memang boleh bermain tetapi saya lihat kombinasi mereka belum mencapai tahap yang kita inginkan. Ini mungkin kerana kami baru lima hari berlatih.

“Saya harap akan dapat lebih banyak perlawanan persahabat­an untuk memperting­katkan prestasi terutama kombinasi mereka. Harap-harap dapat dua lagi perlawanan minggu depan,” kata Justin.

Persaingan Piala Presiden musim ini dijadualka­n bermula pada penghujung bulan depan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia