Utusan Borneo (Sabah)

Lukaku masih ada dalam perancanga­n Solskjaer di United

-

MANCHESTER: Romelu Lukaku telah menerima jaminan daripada Ole Gunnar Solskjaer bahawa dia akan diberi peluang di Manchester United (MU) walaupun sudah dipintas oleh Marcus Rashford dalam persaingan bagi tempat permulaan.

Lukaku belum memulakan perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak Solskjaer mengambil alih sebagai pengurus sementara pada 19 Disember lalu walaupun dia menjaringk­an tiga gol dalam empat penampilan dalam semua pertanding­an dalam tempoh tersebut.

Pemain Belgium itu menjaringk­an gol dalam permulaan tunggalnya di bawah Solskjaer ketika menentang Reading dalam Piala FA dan sebagai pemain gantian ketika menentang Bournemout­h dan Newcastle dalam EPL.

Kepantasan Rashford nampak lebih sesuai untuk stail permainan pantas yang disukai Solskjaer, seperti yang dibuktikan oleh jaringan kemenangan pemain antarabang­sa England itu dalam kemenangan 1-0 di Tottenham pada hujung minggu lepas, tetapi pemain Norway itu menjelaska­n dia memerlukan keenam-enam penyerang kanannya dalam usaha mereka untuk maju dalam tiga pertanding­an.

Solskjaer cenderung memilih Anthony Martial dan Jesse Lingard di sisi Rashford sebagai tiga penyerangn­ya, dengan pembabitan Alexis Sanchez yang dibatasi kecederaan, walaupun Juan Mata juga memulakan dua daripada lima perlawanan liga di Solskjaer.

Ditandatan­gani dari Everton untuk £75 juta (RM450 juta) pada Julai 2017, Lukaku merupakan pemain kedua paling mahal dalam sejarah MU dan pengurus sementara itu menegaskan dia masih anggota yang amat penting dalam skuadnya.

“Dia adalah sebahagian besar skuad ini, itu adalah pasti, dengan personalit­inya di sekitar tempat ini. Tidak ada orang lain yang menjaringk­an gol sebanyak dia dalam latihan.

“Terdapat tiga pemain yang paling kerap bermain tetapi kita juga ada Rom, kita ada Juan, kita ada Alexis, jadi saya ada enam penyerang yang saya dapat gilirkan dan Rom pasti akan bermain.”

Solskjaer merujuk kepada zamannya sendiri sebagai pemain di Old Trafford, ketika dia membina reputasi sebagai pemain gantian yang menjaringk­an gol.

Dalam pasukan MU yang memenangi kejuaraan ‘treble’ pada 1999, Solskjaer dan Teddy Sheringham merupakan dua penyerang sokongan, di belakang dua pemain pilihan utama Andy Cole dan Dwight Yorke, namun menjaringk­an gol yang memenangi perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, untuk melengkapk­an musim yang turut menyaksika­n mereka memenangi EPL dan Piala FA.

“Saya pernah menjadi seorang daripada empat penyerang ketika kami bermain dengan dua. Sekarang kita ada enam penyerang dan kami bermain dengan tiga kebanyakan waktu.

“Kami pasti OK kerana dapat menggilirk­an pemain perlawanan dan masa bermain adalah cukup banyak. Ia adalah mengenai menggunaka­n kesempatan apabila kita memperoleh­inya, dan untuk berlaku adil, Rom sudah menjaringk­an tiga gol dan Marcus sudah menjaringk­an tiga. Ia terpulang kepada penyerang untuk menjaringk­an gol.”

Solskjaer sudah memulihkan keyakinan MU dengan enam kemenangan berturut-turut sejak mengambil alih sebagai pengurus sementara dan bakal menyaksika­n siri perlawanan yang menarik dalam EPL menentang Brighton (semalam), Burnley dan Leicester tetapi berminat untuk melihat bagaimana pemainnya menangani kesukaran. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia