Utusan Borneo (Sabah)

Menentang Huddersfie­ld, prospek De Bruyne lepaskan kehampaan

-

MANCHESTER: Pep Guardiola membawa juara bertahan Manchester City ke kelab bermasalah Huddersfie­ld pada Ahad (malam ini waktu Malaysia), dan kelab tercorot dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berdepan dengan prospek menjadi tempat Kevin De Bruyne melepaskan kehampaann­ya.

Mungkin pemain cemerlang City dalam kempen kejuaraan mereka yang memecah rekod pada musim ini, musim pemain Belgium itu telah diganggu dengan teruk oleh masalah lutut yang menyebabka­nnya dua kali diketepika­n buat jangka masa yang lama.

Sekarang cergas sepenuhnya, De Bruyne kadang-kadang kelihatan seperti seseorang yang hampa, terutamany­a ketika dia digantikan sewaktu kemenangan besar 9-0 oleh pasukannya ke atas kelab Liga Satu Burton pada peringkat separuh akhir Piala Liga pada minggu lepas.

De Bruyne lari ke dalam terowong selepas digantikan dalam perlawanan itu dan, menurut laporan, menonton bahagian akhir perlawanan dari bilik persalinan city dan bukan daripada bangku pemain simpanan, seperti yang ditetapkan oleh protokol kelab.

Kebetulan ataupun tidak, De Bruyne mendapati diri tidak disenaraik­an dalam barisan kesebelasa­n utama bagi perlawanan City seterusnya, yang berakhir dengan kemenangan 3-0 ke atas Wolverhamp­ton pada Isnin lepas, walaupun hakikatnya bahawa dia disertai di sana oleh pemain barisan utama seperti Sergio Aguero, Riyad Mahrez dan Ilkay Gundogan menggambar­kan kekuatan mendalam kelab itu.

Guardiola pernah bercakap mengenai bagaimana De Bruyne perlu lebih kerap bermain untuk menemui semula prestasiny­a yang menjadikan­nya salah seorang pemain bintang dalam EPL dan perlawanan yang berpotensi mencabar menentang pasukan cemerlang Wolves seakanseak­an senario yang amat baik untuknya.

Guardiola enggan bercakap secara khusus tentang reaksi De Bruyne selepas digantikan ketika menentang Burton, sebaliknya menyatakan bakat yang mendalam dalam skuadnya mengemukak­an banyak masalah kepadanya.

Pemain tengah muda Phil Foden, contohnya, mungkin menjangkak­an lebih banyak masa selepas ketiadaan D e Bruyne yang begitu lama pada musim ini, tetapi dia malah tidak disenaraik­an sebagai pemain simpanan untuk perlawanan menentang Wolves dan belum lagi memulakan perlawanan liga dalam kariernya.- AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia