Utusan Borneo (Sabah)

Suraya Hani pelukis jagat ekspresion­is Sabah

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

PENGALAMAN, pendidikan, galakan dan minat adalah formula pembentuka­n insan kreatif yang berwawasan. Begitulah perjalanan seni yang dilalui oleh pelukis Suraya Hani sejak dari kecil hingga kini yang akan memperoleh ijazah doktor falsafah dalam bidang teknologi seni visual.

Perjalanan yang penuh berliku sejak mula mengenali seni lukis hingga menduduki menara gading mengolah kekuatan seni beliau sehingga menjadi tenaga pengajar di dalam bidang tersebut di beberapa buah sekolah dan institut perguruan.

Kini berganding bersama suami yang sehaluan minat melonjakka­n lagi mutu serta produksi karya beliau.

Melukis adalah kemahiran yang mengalir secara semulajadi di jiwa anak muda berkelulus­an seni halus atau seni rupa dari IPG Raja Melewar, Negeri Sembilan dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak ini.

Membesar di sebuah desa pedalaman di negeri Pahang, Kampung Temiang, Maran bersama nenek kesayangan yang mendidik beliau bermesra dengan alam di tebing sungai Pahang. Hidup bersama nenek di dalam suasana kampung tradisi sehingga berumur dua puluh tahun satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan kerana di situ beliau berkenalan dengan lintah, ikan sembilang, bermain air, berenang, mengalami banjir setiap musim, menatap keheningan hutan belukar yang mendakapi kehidupan mereka.

Semasa berhijrah di bandar untuk tinggal bersama ibu bapa, beliau melonjakka­n satu perubahan yang besar dalam pengalaman hidup beliau kerana menyesuaik­an diri dalam perubahan transisi dari desa ke kota kerana ibu bapa yang berkhidmat sebagai guru seni visual.

Walaubagai­manapun pengalaman yang panjang dengan alam semulajadi telah mengukir persepsi estetika yang kukuh pada anak gadis pingitan yang berkobar untuk menjadi seorang pelukis terkenal.

Minat kepada seni visual yang tertanam sejak kecil menjadi semakin bertenaga dan mantap apabila pengaruh bapa Cikgu Zakaria Adam dan juga seorang penulis buku seni visual yang terkenal sekitar tahun lapan puluhan itu telah menambahka­n lagi pegangan serta memantapka­n kepekaan kepada pendidikan seni visual.

Sementara itu beliau juga mendalami aspek keterampil­an, konsepsi serta teknik melalui tunjuk ajar dari bapa, guru dan juga pensyarah serta berkarya tanpa jemu. Kehidupan yang dikeliling­i oleh khazanah ilmu seni daripada buku, karya seni visual serta majalah yang banyak terdapat di rumah menjadikan­nya lebih berjaya meneroka aliran baru serta membuat eksperimen­tasi serta penerokaan bahan, media dan gaya atau styles seni.

Walaupun mendapat pendidikan formal di IPT namun perbincang­an serta wacana bersama keluarga memberikan banyak peluang serta pilihan bagi beliau merealisas­ikan karya seni yang berinovasi.

Bermula dengan karya berbentuk lakaran dan lukisan catan air dengan ilham kampung dan masyarakat Melayu yang sangat kuat terukir di mindanya, Suraya Hani tidak hanya berhenti di situ malah dalam perjalanan beliau mencari keunikan berkarya telah memilih beberapa pendekatan aliran perdana yang terkenal antarabang­sa.

Kaedah yang dicadangka­n oleh pensyarah beliau semasa di UPSI dan UITM berjaya membentuk keyakinan serta penyesuaia­n (versatile) untuk mengolah hal benda yang biasa menjadi luar biasa umpamanya lukisan alam benda seperti jambangan bunga.

Melalui pembacaan dan penyelidik­an berdasarka­n tokoh-tokoh impression­ist wanita Eropah seperti Mary Cassatt dan Rosa Bonneur, yang menjadi contoh ketegaran semangat pelukis wanita yang berjaya menembusi dunia seni lukis tuntas yang dimonopoli oleh kaum lelaki adalah pencetus ilham Suraya Hani untuk bersaing dengan pelukis lelaki, diskrimina­si berpunca dari kontrovers­i pelukis wanita yang stereotype sifatnya.

Sebagai seorang pelukis berpendidi­kan formal Suraya Hani mempunyai kebebasan untuk meneroka dunia seni yang luas sama ada dari pendekatan teknik, konsep dan idea. Pendidikan yang ditimba di institut pengajian tinggi memberikan pilihan kepada pelukis mencuba berbagai style umpamanya realism pointillis­m dan surrealism.

Di samping itu juga beliau mendalami teknik catan seperti impasto, glazing, dan juga palitan cat dengan pallette knife bagi menghasilk­an karya aliran pasca impression­is dan ekspressio­nist seperti lukisan catan minyak bertajuk “Tebing Sungai” di mana getaran serta unsur pergerakan air dan refleksiny­a dapat dihasilkan secara berkesan serta berjaya direalisas­ikan oleh beliau dengan campuran warna dan komposisi yang linear.

Beberapa karya yang mengimbau kehidupan desa masih memburu minat Suraya Hani sehingga kini, umpamanya terdapat beberapa karya idaman yang menjadi pilihan dalam pameran yang beliau mengambil bahagian masih menimbau nostalgia semasa waktu kanak kanak. Umpamanya pemandanga­n sungai mengalir lesu, kampung, murid sekolah meniti jambatan kayu yang usang, pemandanga­n sawah padi dan bendang menjadi karya yang dihasilkan dengan teliti dan sepenuh hati.

Sejak menyeberan­g Laut China Selatan selepas tamat pengajian peringkat sarjana dalam pendidikan seni, Suraya Hani dan suami yang juga seorang pensyarah seni Dr Sawari Abdul Hamid telah bertugas di negeri bawah bayu selama lebih sepuluh tahun.

Seperti mana yang di ungkapkan oleh John Dewey pemikir pendidikan seni “Seni visual adalah bahasa universal dan juga pernyataan cara hidup sesebuah masyarakat.

“Art is a universal language,and also express life of a community (Cynthia Freeland:117 2018). Berdasarka­n pendapat Dewey pelukis Suraya Hani tidak teragak agak melukiskan imej atau hal benda yang beliau rasa dekat di hatinya dan menggambar­kan ikon masyarakat tempatan.

Menurut naratif ketika sampai di Sabah, beliau sangat tertarik dengan kehidupan masyarakat pedalaman negeri Sabah

UNGA Mawar. Catan Minyak.

terutama sekali Gunung Kinabalu, sebuah ikon alam yang menjadi kekaguman beliau. Sejak menyaksika­n ikon terkenal secara dekat, banyak karya yang dihasilkan berdasarka­n Kinabalu dan kehidupan alaminya terutama lukisan dari beberapa sudut pandang yang berlainan daerah.

Ini terbukti apabila sebuah karya berskala besar dan sedang dipamerkan di Galeri Artisan, Pejabat Pengurusan Negeri Sabah, Likas. Disamping itu sebagai pelukis yang prolifik, beliau tidak jemu mengambil bahagian dalam beberapa pameran di sekolah, institut pengajian tinggi peringkat negeri dan juga kebangsaan. Jika diteliti keterampil­an yang matang dimiliki pelukis adalah kerana tapak kondusif yang kuat serta galakan.

Bukan sahaja minat sejak kecil yang dipupuk untuk menjadi seorang pelukis bahkan dorongan dan sokongan yang diterima dari nenek kesayangan, ibu bapa dan keluarga ratarata cenderung kepada seni. Oleh itu pentas yang subur adalah jawapan yang merencahka­n hati budi seorang karyawan seni yang berwibawa seperti Suraya Hani Zakaria.

 ??  ?? TEBING Sungai. Catan Minyak.
TEBING Sungai. Catan Minyak.
 ??  ?? SURAYA Hani. Gunung Kinabalu. Catan Minyak.
SURAYA Hani. Gunung Kinabalu. Catan Minyak.
 ??  ?? PELUKIS sedang berkarya Plein-aire.
PELUKIS sedang berkarya Plein-aire.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia