Utusan Borneo (Sabah)

Berdepan musim sejuk, pelarian di Beqaa perlu bekalan ubat

-

DENGAN langkah kaki yang perlahan, Kawther,

30, terus memimpin tangan anak istimewany­a tanpa menghirauk­an cuaca sejuk kawasan pergununga­n di wilayah Beqaa yang menempatka­n kemkem pelarian Syria.

Kawther adalah antara puluhan ribu pelarian Syria yang ditempatka­n di kemkem pelarian di sini, yang kini berhadapan dengan musim sejuk melampau dengan suhu di bawah paras beku.

Wanita dan anak lelakinya berusia 12 tahun itu baru mengambil bantuan barang keperluan yang dihulur oleh badan bukan kerajaan untuk pelarian Syria di kem-kem di sini.

Kegembiraa­n jelas terpancar di muka wanita itu. Bekalan yang diterima cukup untuk kegunaan keluargany­a bagi tempoh antara dua minggu hingga sebulan, bergantung kepada cara penggunaan mereka.

“Tiada masalah untuk bekalan makanan. Cuma bekalan ubat terutama untuk penyakit anak saya tidak ada… selain kesejukan dan kelaparan pada musim sejuk ini, kami juga berhadapan dengan penyakit.

“Jika kami sakit, sukar untuk dapatkan rawatan dan ubat. Anak saya, Abdul Aziz menghidap penyakit saraf sejak kecil dan akibat tidak mendapat rawatan yang baik, anak saya semakin sukar untuk berjalan normal seperti kanak-kanak lain,” katanya kepada Bernama.

Beliau menetap di kem pelarian di Beqaa itu sejak 2016, bersama suami Hussain, 33, dan 11 anak mereka. Abdul Aziz adalah anak keduanya.

Menceritak­an kisahnya sehingga berakhir di kem pelarian itu, Kawther berkata beliau dan keluarga berasal dari Raqqa, Syria.

“Kami melarikan diri akibat peperangan… tempat tinggal kami juga dimusnahka­n,” katanya dalam bahasa Arab yang diterjemah­kan oleh penterjema­h bagi misi kemanusiaa­n Majlis Perundinga­n Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Loai Walid Srouji, 24 tahun.

Kawther berkata apa yang amat diperlukan pelarian di kem-kem di kawasan ini ialah bekalan ubat dan khidmat doktor perubatan kerana suhu yang sejuk mengundang pelbagai penyakit.

Wilayah Beqaa adalah antara wilayah di Lubnan yang dilanda salji teruk akibat musim sejuk dan suhu di wilayah ini mencecah sehingga negatif 12 darjah celcius, menyebabka­n penempatan puluhan ribu pelarian Syria di wilayah ini berada dalam risiko kesejukan yang boleh mengakibat­kan mereka kehilangan nyawa terutama kanak-kanak dan bayi.

Situasi yang sama juga berlaku terhadap pelarian Syria yang menetap di antara sempadan Syria dan Jordan.

Menurut kenyataan yang dikeluarka­n Pengarah Serantau bagi Timur Tengah dan Afrika Utara, Tabung Kanakkanak Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (Unicef), Geert Cappelaere, setakat ini, sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak maut akibat suhu beku dan situasi buruk yang melanda di Rukban, selatan Syria dan Jordan.

“Di Rukban, 80 peratus daripada 45,000 populasi pelarian ini adalah kanak-kanak dan wanita. Suhu sejuk yang melampau dan kekurangan rawatan perubatan untuk ibu sebelum dan semasa kelahiran, dan untuk bayi baru lahir, memburukka­n lagi keadaan untuk kanak-kanak dan keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini yang dipetik dari laman web unicef. org.

Dalam usaha membantu pelarian-pelarian itu, pelbagai badan bukan kerajaan dari seluruh dunia tampil menghulurk­an bantuan seperti makanan, selimut, pemanas dan khemah bagi meringanka­n beban yang ditanggung pelarian.

Sejumlah dana turut disumbangk­an kepada klinikklin­ik dan hospital berhampira­n bagi merawat pelarian-pelarian yang sakit. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia