Utusan Borneo (Sabah)

Denda pasport hilang atau rosak kekal antara RM200 hingga RM1,000

-

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kekal mengenakan denda ke atas kehilangan atau kerosakan Pasport Malaysia Antarabang­sa (PMA) sebanyak RM200 untuk kali pertama, RM500 (kali kedua) dan RM1,000 (kali ketiga) atas kecuaian pemilik.

JIM dalam kenyataan pada Khamis menjelaska­n, denda itu masih sah laku bagi kes kehilangan atau kerosakan PMA, di bawah Perintah Fi (Pasport dan Visa)(Pindaan) 2019 L.P.U(A)1/2019 yang berkuatkua­sa mulai 2 Januari lalu.

“Usaha ini dilaksanak­an bagi mengekang kes kehilangan PMA yang semakin meningkat dalam tempoh tiga tahun kebelakang­an ini,” katanya.

Menjelas lanjut, JIM menyatakan bayaran denda itu tidak termasuk bayaran memohon semula PMA.

Justeru pemohon hendaklah membuat pembayaran ke atas denda bersamasam­a harga PMA (mengikut kategori pemohon) sebelum penggantia­n PMA.

Harga PMA adalah masih sama seperti kadar bayaran sebelum ini iaitu bagi pemohon biasa berusia 13 tahun hingga 59 tahun adalah sebanyak RM200.

Lain-lain kategori seperti kanakkanak berumur 12 tahun dan ke bawah, pelajar berumur 21 tahun dan ke bawah yang menyambung pengajian peringkat ijazah di luar negara dan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas adalah sebanyak RM100.

Namun demikian, pengecuali­an denda kehilangan atau kerosakan adalah terpakai terhadap kes-kes seperti PMA yang telah tamat tempoh sah laku, kehilangan atau kerosakan tanpa disengajak­an kerana kecurian, rompakan, ragut atau disebabkan kebakaran, kerosakan cip pasport.

Ia juga dikecualik­an kepada golongan pemohon seperti warga emas berumur 60 tahun dan ke atas, orang kurang upaya (OKU), pesakit mental yang berdaftar di bawah Seksyen 24 Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) dan mempunyai kad OKU dikeluarka­n di bawah Seksyen 25 Akta 685.

Untuk setiap permohonan gantian PMA (yang masih sah laku), bagi kes kehilangan di dalam negara adalah wajib disertakan dengan laporan polis.

Laporan polis di luar negara adalah terpakai bagi kes kehilangan di luar negara sebelum berurusan dengan Pejabat Perwakilan Malaysia bagi mendapatka­n PMA atau Dokumen Perjalanan Gantian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia