Utusan Borneo (Sabah)

CS Mini Market buka cawangan kelapan di EastComm2 Siburan

Beri keselesaan di samping penjimatan yang lebih hebat kepada para pengguna dari Tapah, Beratok dan Siburan berbelanja

-

KUCHING:CS Mini Market Sdn Bhd (CS Mini Market) semalam dengan rasminya telah membuka cawangan kelapan berkeluasa­n 8,200 kaki persegi di EastComm2 di Siburan Jalan KuchingSer­ian.

Menurut Pengurus Besar CS Mini Market, Liew Leong Yee pihaknya menjangkak­an pembukaan cawangan kesembilan di Kota Sentosa selepas Tahun Baharu Cina dan di Batu 9 pada 1 Mei ini.

“Kesemua premis ini masih dalam kerja menaik taraf untuk memberikan keselesaan di samping penjimatan yang lebih kepada para pengguna yang datangnya dari Tapah, Beratokdan­Siburan,”katanya ketika ditemui semalam.

Bagaimanap­un, pihaknya telah menetapkan sasaran bahawa di dalam tempoh lima tahun lagi, pihaknya akan menubuhkan sekurangku­rangnya 20 lagi premis CS Mini Market di Kuching.

Premis CS Mini Market penuh dengan pelanggan sejak jam 7 pagi kerana telah dimaklumka­n lebih awal dari Februari lepas bahawa pihaknya akan membuka cawangan itu secepat mungkin.

Katanya, kuasa membeli di dalam kawasan Siburan dan sekitarnya begitu menakjubka­n dan beliau percaya pihaknya berupaya menyediaka­n perkhidmat­an dengan bantuan 40 tenaga pekerja untuk para pelanggann­ya di sini.

Pihaknya beroperasi seawal 7 pagi sehingga 11 malam setiap hari dengan menjual setiap keperluan yang diperlukan pada harga termurah.

Kawasan EastComm 2 juga berupaya menampung sekitar 300 parkir kereta dan 60 tempat letak motosikal pada satu-satu masa.

Tambah beliau juga bagi mereka yang berbelanja RM188 ke atas layak untuk menyertai peraduan cabutan bertuah dengan hadiah utama untuk dimenangi sebanyak RM26,888 dan hadiah-hadiah lain berjumlah RM68,888.

Keputusan akan diumumkan pada 3 Februari dan penyampaia­n hadiah bagi peraduan cabutan bertuah tersebut akan diadakan di CS Mini Market cawangan Tabuan Tranquilit­y pada 4 Februari nanti.

Liew turut mengucapka­n penghargaa­n kepada para pembekal kerana bertungkus­lumus menghantar barang secepat mungkin bagi pihaknya.

Turut hadir sama adalah Pengarah CS Mini Market, Voon Chun Ching dan Pengurus Operasi Kumpulan CS Mini Market, Nicholas Lim.

 ??  ?? VOON (dua kanan) diapit Liew (kanan) dan Nicholas (kiri) bergambar kenangan bersama singa.
VOON (dua kanan) diapit Liew (kanan) dan Nicholas (kiri) bergambar kenangan bersama singa.
 ??  ?? CS Mini Market di EastComm 2, Siburan sudah mulai beroperasi sejak semalam.
CS Mini Market di EastComm 2, Siburan sudah mulai beroperasi sejak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia