Utusan Borneo (Sabah)

MARii akan bangunkan kilang bateri litium ion pertama di Malaysia

-

CYBERJAYA: Kilang bateri litium ion pertama akan dibangunka­n di Malaysia oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT (Objek Rangkaian Internet) Malaysia (MARii) dengan kerjasama sebuah syarikat senaraian awam, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Madani Sahari.

Beliau berkata Malaysia akan menjadi hab bateri litium ion di rantau ASEAN susulan penubuhan kilang itu, yang dijangka dalam tempoh 12 bulan.

Bagaimanap­un, beliau berkata, syarikat senaraian awam itu sedang menjalanka­n kajian kebolehlak­sanaan selain mengenal pasti sekiranya kilang itu perlu ditempatka­n di Negeri Sembilan atau Selangor.

“Bateri itu bukan hanya penting bagi kegunaan kenderaan elektrik malah sebagai penyimpan tenaga,” katanya selepas membentang­kan gambaran keseluruha­n Industri Automotif 2018 serta Wawasan Industri Automotif dan Penerimagu­naan Teknologi pada 2019 di sini, kelmarin.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berkata industri automotif kekal sebagai pemangkin bagi membangunk­an tenaga kerja Malaysia yang mahir dalam teknologi serta proses bernilai tinggi, seiring dengan keupayaan negara maju di dunia.

Beliau berkata, keseluruha­n ekosistem perlu terus berubah untuk memenuhi perubahan permintaan terhadap produk dan perkhidmat­an masa depan. “Keseluruha­n pertumbuha­n ini menjadi petunjuk jelas bahawa industri automotif berhasrat memacu Malaysia untuk muncul sebagai pesaing yang serius dalam pasaran serantau dan global,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia