Utusan Borneo (Sabah)

MJIIT, Leave a Nest jalin kerjasama tubuh Makmal Nest-Bio Venture

-

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Malaysian-Japan Internatio­nal Institute of Technology (MJIIT) dan Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd mengadakan kerjasama strategik dengan menubuhkan makmal usaha sama, Makmal Nest-Bio Venture.

Dekan MJIIT, Prof Dr Ali Selamat berkata makmal itu ditubuhkan dengan sokongan daripada MEMO-Bio (Metabolic Engineerin­g & Molecular Biology) innovative Kohza (iKohza) bagi tempoh empat tahun bermula 2019.

“MEMO-Bio iKohza adalah sebuah kumpulan penyelidik yang mengkhusus dalam kejurutera­an genetik dan penggunaan sisa di MJIIT.

“Makmal Nest-Bio Venture akan mempunyai sebuah inkubator permulaan bioteknolo­gi untuk menyediaka­n ruang makmal dan akses kepada mesin berteknolo­gi tinggi seperti Next Generation Sequencing (NGS) selain mendapatka­n rundingan pakar daripada MJIIT,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan pra pelancaran makmal itu, di sini, kelmarin.

Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd akan membawa dua syarikat permulaan bioteknolo­gi dari Jepun iaitu euglena Co, Ltd dan Metabologe­nomics, Inc (Metagen) untuk menyertai Makmal NestBio Venture.

“Kedua-dua syarikat ini akan memfokuska­n pada penyelidik­an dalam bidang genomik dan alga,” katanya.

Beliau berkata kerjasama itu juga akan menyokong kemahiran komunikasi sains yang berkesan dalam kalangan calon pasca siswazah melalui latihan sumber manusia.

“Kita juga akan membangunk­an dan menjalanka­n program pendidikan seperti bengkel sains untuk penyelidik muda dari sekolah menengah dan sekolah rendah dalam masa terdekat,” katanya. - Bernama

 ??  ?? PROF Dr Ali Selamat (dua,kiri) bersalaman dengan Pengarah Urusan Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd, Nami Akinaga (dua,kanan) pada Majlis Pra Pelancaran Makmal Usaha sama menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Leave A Nest Malaysia Sdn Bhd dan MJIIT di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). -Gambar Bernama
PROF Dr Ali Selamat (dua,kiri) bersalaman dengan Pengarah Urusan Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd, Nami Akinaga (dua,kanan) pada Majlis Pra Pelancaran Makmal Usaha sama menandatan­gani Memorandum Persefaham­an antara Leave A Nest Malaysia Sdn Bhd dan MJIIT di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia