Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n ketuai misi dagangan minyak sawit dan getah ke Pakistan, Iran, Turki

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mengetuai misi ekonomi, promosi dan pelaburan minyak sawit dan getah ke Pakistan, Iran dan Turki mulai 18 hingga 26 Januari ini.

Dalam satu kenyataan kelmarin, kementeria­n itu berkata, delegasi berkenaan akan terdiri daripada pegawai kanan agensi di bawah Kementeria­n Industri Utama (MPI) dan wakil daripada persatuan industri komoditi.

Ketua Setiausaha MPI, Datuk Dr Tan Yew Chong akan mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan di kementeria­n dan agensi berkaitan di negara tersebut.

“Objektif misi ini adalah untuk menerangka­n kelebihan produk komoditi berbanding negara pengeluarl­ainsertame­mbincangka­n pelbagai isu perdaganga­n yang berkaitan dengan akses pasaran kepada produk komoditi kita.

“Ini termasuk cukai import yang tinggi sehingga 40 peratus ke atas produk minyak sawit yang dikenakan oleh Iran dan halangan bukan tarif lain yang dikenakan oleh Pakistan seperti pengharama­n produk makanan (vanaspati) yang mengandung­i minyak sawit,” katanya.

Kementeria­n itu berkata, ketigatiga negara itu adalah antara pasaran utama bagi komoditi Malaysia seperti minyak sawit, getah dan kayu.

Pada 2017, eksport ke Pakistan, Iran dan Turki bagi ketiga-tiga komoditi itu masing-masing bernilai RM3.05 bilion, RM2.48 bilion dan RM 3.63 bilion.

“Misi itu penting bukan sahaja untuk mengekalka­n penguasaan pasaran produk komoditi Malaysia di negara berkenaan tetapi juga meningkatk­an penguasaan pasaran ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Ia berkata, aktiviti yang telah dirancang sepanjang misi termasuk persidanga­n, pembentang­an seminar, perbincang­an meja bulat, mesyuarat dua hala dan pembabitan dengan pihak berkepenti­ngan yang lain.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia