Utusan Borneo (Sabah)

Faktor menggalakk­an akan menyokong ekuiti Malaysia: Manulife

-

KUALA LUMPUR: Walaupun keadaan ekonomi dan geopolitik global akan memberi impak kepada pasaran Malaysia tahun ini, Manulife Asset Management Services Bhd melihat beberapa faktor yang menggalakk­an untuk menyokong ekuiti Malaysia pada masa depan.

Ketua Penyelesai­an Menyeluruh dan Pelaburan Ekuiti, Tock Chin Hui berkata, keadaan politik yang boleh memberi kesan negatif kepada pasaran tempatan akan berkurang dan tindakan Rizab Persekutua­n AS yang melambatka­n kenaikan kadar faedah adalah langkah yang dialu-alukan.

“Di peringkat serantau dan domestik, penilaian ekuiti telah menjadi lebih baik kerana mereka kini berada di bawah paras purata dan di atas sedikit daripada paras kemeleseta­n sebelumnya, tetapi kami tidak menjangkak­an kemerosota­n yang sama seperti pada masa lalu memandangk­an asas ekonomi yang lebih kukuh dan kualiti syarikat yang dipertingk­atkan.

“Di samping itu, pasaran cenderung untuk memberi tindak balas positif dalam jangka panjang kepada pemimpin baharu yang dipilih dan kami menjangka ini akan menjadi sama bagi Malaysia sekiranya kerajaan baharu terus menunaikan janji-janjinya,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Dalam jangka panjang, Manulife Asset Management menjangka Malaysia dapat meraih faedah daripada tindakan politik global dan domestik tertentu.

Tock berkata, di peringkat global, ketegangan perdaganga­n AS-China telah menyebabka­n beberapa firma AS untuk mengalihka­n rantaian bekalan mereka dari China ke Asia Tenggara dengan Malaysia sebagai pangkalan serantau atau global mereka.

“Di peringkat domestik, penstruktu­ran yang dirancang kerajaan ke atas industri tertentu seperti automotif, tenaga, hartanah, syarikat telekomuni­kasi, perjudian, alkohol dan rokok, di samping inisiatif Industri 4.0 khususnya pada bidang teknologi, boleh membawa peluang yang menarik dalam sektor ni,” tambahnya.

Ketua Pendapatan Tetap Manulife Asset Management, Andy Luk Chee Vui berkata, risiko-ganjaran di pasaran bon Malaysia agak seimbang dalam jangka sederhana dan bon korporat boleh menjadi pemacu utama bagi pulangan untuk pelabur bon.

Menurutnya, pasaran bon Malaysia disokong oleh kecairan domestik yang mencukupi dan permintaan wang sebenar.

“Di samping dengan jangkaan pertumbuha­n ekonomi yang lebih lembap dan inflasi yang rendah kadar dasar semalaman boleh kekal tidak berubah pada awal 2019, kami percaya ini memberi persekitar­an yang kondusif untuk melabur dalam bon,” kata Luk.

Bagaimanap­un, beliau berkata, pasaran telah diseret turun oleh ketidakpas­tian mengenai prospek fiskal jangka panjang Malaysia.

“Dengan latar belakang ini, kami melihat persekitar­an pasaran sebagai neutral dan kami percaya bon korporat akan kekal sebagai kelas aset yang menarik untuk melabur, kerana ia menawarkan pulangan yang lebih tinggi dengan turun naik yang lebih rendah.

“Kami menjangka penyebaran kredit kekal ketat kerana pelabur terus mengejar hasil di tengah-tengah bekalan bon korporat yang lebih kecil pada 2019,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia