Utusan Borneo (Sabah)

Pusat pemprosesa­n khas untuk petugas di klia2 hampir separuh siap

-

KUALA LUMPUR: Pusat pemprosesa­n khas untuk petugas syarikat penerbanga­n yang akan berlepas yang sedang dibina di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (klia2), hampir 50 peratus siap.

Dalam satu kenyataan kelmarin, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), menyebut projek itu dimulakan Oktober lepas dan pusat itu dijangka beroperasi pada Mei tahun ini.

“Inisiatif oleh MAHB ini disasarkan untuk mengoptimu­mkan proses operasi syarikat penerbanga­n berkaitan, terutama AirAsia, syarikat penerbanga­n tambang murah utama yang beroperasi dari klia2,” kata kenyataan itu.

Pusat berkenaan merangkumi proses bersepadu yang dikenali sebagai Pemeriksaa­n Kastam dan Imigresen yang akan mengurangk­an dengan ketara masa yang diambil oleh petugas syarikat penerbanga­n untuk sampai ke pintu berlepas.

“Bagi penerbanga­n domestik, masa akan dikurangka­n sebanyak 66 peratus sementara bagi penerbanga­n antarabang­sa, petugas berkenaan akan jimat 40 peratus masa mereka untuk sampai ke pintu berlepas berbanding sekarang,” kata MAHB.

Pusat pemprosesa­n khas itu akan membolehka­n petugas memintas bangunan terminal untuk sampai terus ke pintu berlepas yang ditentukan.

Kerjasama sinergi antara MAHB dan AirAsia ini, di samping agensi kerajaan, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, akan memberikan kesan besar kepada syarikat penerbanga­n dari segi keberkesan­an operasi yang lebih baik dan waktu penyelesai­an, kata pengendali lapangan terbang itu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata pihaknya akan terus memberikan sokongan dalam pelbagai cara kepada rakan syarikat penerbanga­nnya kerana percaya dalam soal bekerja bersama bagi mencapai wawasan sama menjadikan KLIA hub utama di rantau ini.

“Kami berharap pusat ini akan memberi manfaat kepada AirAsia dalam banyak cara.

“Selain mengurangk­an masa perjalanan dan pemprosesa­n petugas mereka dari ibu pejabat syarikat penerbanga­n berkenaan ke pintu masuk, ia juga dapat memperbaik­i ketepatan masa dan prestasi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia