Utusan Borneo (Sabah)

Terbitan bon korporat kekal kukuh pada 2018: RAM Ratings

-

KUALA LUMPUR: Pasaran bon korporat Malaysia pada 2018 kukuh dengan terbitan kasar sebanyak RM105.4 bilion.

Dalam kenyataan kelmarin, RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) berkata terbitan itu mengatasi unjurannya sebanyak RM90 bilionRM10­0 bilion.

Katanya pasaran bon korporat pada 2018 sebahagian­nya disokong oleh terbitan yang besar pada suku pertama, menjelang peningkata­n yang dijangka dalam Kadar Dana Persekutua­n (FFR) pada Mac 2018, selain momentum terbitan yang berterusan susulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Bagaimanap­un, pasaran bon masih merosot tahun ke tahun pada 2018, selepas mencatat pencapaian yang baik pada 2017, apabila terbitan mencecah RM124.9 bilion,” katanya.

Mengenai bon kerajaan, RAM Ratings berkata nilai terbitan Malaysian Government Securities (MGS) dan Government Investment Issue (GII) kekal kukuh pada 2018, meningkat kepada RM114.8 bilion, sejajar dengan jangkaan agensi penarafan itu RM110 bilion-RM120 bilion daripada RM113.9 bilion pada 2017.

Katanya sebahagian besar pelabur asing telah menjual pegangan dalam pasaran pendapatan tetap Malaysia pada 2018, seperti dapat dilihat dengan aliran keluar asing bersih sepanjang tahun.

Sementara itu, jualan bon asing bersih sebanyak RM21.9 bilion pada tahun lepas, merupakan aliran keluar yang terbesar sejak 2008, apabila mencatatka­n sebanyak RM35.3 bilion.

“Ini bukan kejutan yang besar berdasarka­n kadar pengetatan mudah tunai global yang cepat, selain langkah mengelak risiko yang meningkat oleh pelabur berikutan hala tuju dasar asing yang menjadi tidak menentu dalam era perlindung­an perdaganga­n dan kebimbanga­n mengenai geopolitik,” katanya.

Selain itu, RAM Ratings berkata perubahan yang tidak dijangka dalam kerajaan Malaysia susulan PRU14 dan perubahan dasar dan menyebabka­n ketidakpas­tian turut menjejaska­n sentimen pelabur.

“Susulan daripada jualan besar-besaran itu, dengan kenaikan kadar faedah jangka pendek di AS, yang memberi tekanan kepada hasil jangka pendek, keluk hasil MGS tinggi pada tahun lepas dan sedikit mendatar berbanding 2017.

“Pada masa depan, kami menjangka terbitan bon korporat kasar mencecah RM70 bilion-RM80 bilion pada 2019. Ini disebabkan rasionalis­asi projek kerajaan dan memanjangk­an jangka masa pelaksanaa­n projek,” katanya.

Ketua Penyelidik­an RAM Ratings Kristina Fong berkata ini akan mempengaru­hi terbitan hutang kerajaan baharu yang sebelum ini menyokong nilai terbitan pada 2017 dan, sedikit sebanyak, 2018. “Ini mengubah hala tuju dasar yang juga, mempengaru­hi aktiviti terbitan penerbit berkaitan infrastruk­tur dan pembinaan yang lain, serta entiti pembiayaan yang berkaitan daripada sektor swasta.

“Segmen bon kerajaan, bagaimanap­un, tidak berkongsi unjuran terbitan yang sama berikutan terbitan MGS/GII kasar dijangka kekal stabil pada 2019, dengan unjuran RM110 bilion-RM120 bilion,” katanya.

Fong berkata ini mengambil kira keperluan pembiayaan defisit kerajaan dan jumlah bon yang dijangka matang pada tahun ini.

RAM Ratings berkata ia menjangka pegangan bon asing kekal tidak berubah pada 2019, berdasarka­n ketidakten­tuan global yang berpanjang­an, dengan kecenderun­gan aliran keluar berikutan dijangka Rizab Persekutua­n AS (Fed) akan terus menaikkan kadar faedah pada 2019.

“Bagaimanap­un, aliran keluar pada tahun ini dijangka tidak berada pada paras 2018, berdasarka­n jangkaan penguranga­n kadar kenaikan kadar faedah, yang akan membawa kepada risiko pengaliran keluar modal yang sederhana.

“Plot terbaharu oleh Fed menunjukka­n ia kini menjangka hanya dua kenaikan kadar pada 2019 berbanding unjuran sebelum ini, tiga, penguranga­n yang ketara daripada empat kenaikan pada 2018,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia