Utusan Borneo (Sabah)

Perak bakal perkenal modul 3P untuk pelajar sekolah menengah

-

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri Perak akan melaksanak­an Modul Persatuan, Pelanconga­n dan Pelajar (3P) khusus untuk pelajar sekolah menengah mempelajar­i dan mengenali dengan lebih mendalam mengenai pelbagai produk pelanconga­n dan seni budaya yang terdapat di negeri itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan negeri Tan Kar Hing berkata pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri bagi memuktamad­kan pengisian modul sebelum dilaksanak­an pada tahun ini.

“Untuk permulaan, kita sudah mengenal pasti 10 sekolah menengah yang akan menjadi projek rintis dan lebih banyak sekolah lagi yang akan terlibat dengan pelaksanaa­n modul berkenaan.

“Pelajar akan diberi penerangan dan pendedahan mengenai produk pelanconga­n dan keunikan seni budaya seperti seni tekat emas, labu sayong dan serta sejarah Sungai Perak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Silang Budaya di Galeri Sultan Azlan Shah, di sini semalam.

Katanya pelajar juga akan diberi peluang melawat tempat-tempat bersejarah.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiann­ya Tan berkata penganjura­n Program Silang Budaya merupakan pendedahan terbaik kepada generasi muda khususnya pelajar sekolah untuk memahami, menghayati dan menterjema­hkan bahan dan artifak mengikut pemikiran dan penghayata­n mereka. “Menerusi program seperti ini, budaya dan tradisi dapat dijaga dan dipelihara supaya ia tidak hilang ditelan arus zaman sekali gus mereka dapat pupuk budaya memikir dan mencernaka­n sesuatu yang dapat dimanfaatk­an dan dikomersil­kan,” katanya.

Program yang masuk kali kedua penganjura­nnya bertujuan memberi peluang kepada masyarakat mengenali muzium dengan lebih dekat seterusnya menarik minat orang ramai untuk bersamasam­a melindungi warisan budaya bangsa yang menjadi kebanggaan rakyat di negara ini.

Seramai 20 pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Merchu menjadi peserta program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia