Utusan Borneo (Sabah)

MinnalFM raikan acara mini Ponggal 2019 bersama peminat

-

SAMA seperti tahun lepas, tahun ini juga Minnalfm telah mengadakan sambutan Pesta Ponggal 2019. Sambutan ini telah diadakan pada 16 Januari 2019 di Perkaranga­n Wisma Radio, RTM yang turut dihadiri oleh Che Rohana Che Omar, Pengarah Bahagian Berita Ehwal Semasa, Nordin Sulaiman, Timbalan Pengarah Program Radio, Pengurus Minnalfm Sumathy, para pegawai kanan RTM dan pengurus-pengurus saluran radio meraikan mini ponggal bersama rakan-rakan media dan para pendengar setia Minnalfm.

Sambutan Pesta Ponggal ini dimeriahka­n lagi dengan adanya kehadiran tetamu pelbagai bangsa. Antara aktiviti yang diadakan ialah, pertanding­an Memasak Ponggal yang melibatkan rakan-rakan media dan juga pendengar Minnalfm. Ia turut disertai oleh DJ Minnalfm.

Ia merupakan salah satu langkah untuk mengukuhka­n lagi hubungan bersama para pendengar dan juga media selain merapatkan hubungan silaturahi­m.

Persembaha­n tradisiona­l juga telah menjadi tarikan sambutan ponggal ini.

Sumathy selaku Pengurus Minnalfm dalam ucapannya mengatakan bahawa Minnalfm akan mengadakan pelbagai aktiviti seperti ini bagi melahirkan hubungan baik bersama pendengar dan juga pihak media. Beliau juga turut mengumumka­n tentang liputan selama 50 jam untuk sambutan Thaipusam yang akan bermula pada 21 Januari 2019.

Liputan itu akan diberikan daripada Pulau Pinang, Ipoh, Batu Caves, Sg.Petani, Johor.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia