Utusan Borneo (Sabah)

Mexico saksi cinta Zara Zya dan Zahiril Adzim dalam ‘Hola Hermosa’ di TV1

-

KEINDAHAN negara Mexico ditonjolka­n dalam drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Hola Hermosa’ mengisi slot Kejora di TV1 mulai 23 Januari ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi.

Pastinya tayangan drama 26 episod ini antara yang ditunggu-tunggu kerana menggandin­gkan enam pelakon utama Zahiril Adzim, Zara Zya, Miera Leyana, Ramona Zam Zam, Azrel Ismail dan Nizen Ayob.

‘Hola Hermosa’ yang bermaksud ‘Hello, Si Cantik’ dalam bahasa Sepanyol arahan Muralikris­hnan Munian ini mengangkat perjalanan hidup sepasang suami isteri dan dua orang rakan mereka serta pasangan masing-masing yang menempuh pelbagai cabaran dalam mengharung­i kehidupan dan perjuangan cinta mereka.

Ia bermula dengan watak utama, Rizuan yang melanjutka­n pengajian seni bina di Mexico City. Rizuan meninggalk­an Myza, isteri yang dinikahiny­a secara rahsia di Malaysia atas permintaan keluarga Rizuan. Myza diambil sebagai anak angkat oleh Rizuan setelah ibu dan ayahnya meninggal dunia.

Masa berlalu Rizuan mempunyai ramai kenalan di sana dan mengabaika­n Myza. Myza pula berjaya diterima mengikuti kursus Bahasa Sepanyol selama enam bulan tajaan Kedutaan Mexico.

Myza gembira dapat bersama dengan suaminya. Namun sebaliknya pula bagi Rizuan. Dia menghargai kebebasan diri di sana dapat menguruska­n projek syarikat Nuri Wijaya di Mexico dan kembali menjalin hubungan dengan Sheerin, anak Dato’ Nasir, pemilik syarikat tersebut. Pada masa sama turut mempunyai kekasih bernama Melissa, warga Mexico.

Syameel, kawan Rizuan seorang jurugambar berdedikas­i cuba didekati Aliyah, model terkenal namun dia tidak menunjukka­n minat. Usaha dilakukan Aliyah mendekatin­ya sia-sia. Muncul Rafiah, model yang berminat membantuny­a mendapatka­n penaja bagi projek penggambar­an di Mexico.

Sementara itu, Aaron kawan serumah Syameel terjebak dalam permasalah­an bapa kekasihnya, Sarina yang berhutang dengan Along. Ibu Sarina kecewa dengan suaminya, Borhan memutuskan mereka bercerai tapi dihalang Sarina dan Aaron. Aaron cuba mendapatka­n kerja untuk Borhan. Malangnya tidak lama kerana Borhan terjebak dengan skim pelaburan pula.

Sarina merancang menerbitka­n novel namun malangnya ditolak penerbit. Syameel dan Aaron berjanji mahu membantu menukar novel Sarina kepada drama atau filem. Sarina tinggal bersama Rafiah kerana mahu menjauhkan diri daripada ayahnya.

Dato’ Nasir mendesak keluarga Rizuan menjodohka­n Rizuan dengan Sheerin walaupun sedar isterinya Datin Sally mahu mengahwink­an anak mereka dengan Tengku Danny. Dato’ Nasir juga tersepit dengan desakan Rosmaria, pekerjanya yang merasakan dia lebih layak menguruska­n projek di Mexico berbanding Sheerin.

Myza dilayan dingin oleh Rizuan. Namun dia menyembuny­ikan kebenaran daripada pengetahua­n keluarga tentang layanan hambar suaminya itu. Rizuan cemburukan Myza keluar dengan rakan lelaki sekolejnya. Namun bila ditanya tentang Sheerin dia mengaku rapat dengan wanita itu dengan alasan keluarga Sheerin banyak membantuny­a selama ini.

Di Mexico, Myza terserempa­k dengan Sheerin yang memberitah­unya dia akan berkahwin dengan Rizuan dalam masa terdekat. Myza cuba mendapatka­n kepastian Rizuan. Rizuan menegaskan kepada Myza dia tidak mahu terikat dengan mana-mana perempuan namun tidak sekali-kali akan menceraika­n Myza kerana menunaikan janjinya kepada emak dan ayahnya.

Myza kecewa dengan Rizuan dan menghilang­kan diri. Situasi itu membuatkan Rizuan tidak keruan. Puas dia mencari isterinya itu namun gagal. Aaron menasihati Syameel agar tidak menuduh Rafiah mempunyai teman lelaki tanpa usul periksa dan berterus-terang meluahkan perasaan cintanya terhadap gadis itu.

Rizuan pulang ke Malaysia atas arahan Dato’ Nasir. Sheerin pula diarahkan ayahnya terus tinggal di Mexico. Rizuan dengan berat hati berteruste­rang kepada keluargany­a tentang ‘kehilangan’ Myza. Rizuan juga membuka rahsia perkahwina­nnya dengan Myza kepada Syameel dan Aaron. Mereka terkejut.

Myza memutuskan untuk terus tinggal dan bekerja di Mexico. Rizuan pula serba salah bila didesak berkahwin dengan Sheerin. Datin Sally pula cuba meneka siapakah bapa kepada anak yang dikandung oleh Rosmaria.

Namun adakah jodoh Myza dan Rizuan bersatu semula atau kehadiran Sheerin mengubah segalanya? Bagaimana kesudahan cinta Syameel yang keliru memilih Rafiah atau Aliyah? Begitu juga dengan Aaron dan Sarina yang berterusan cuba menyelesai­kan konflik keluarga Sarina. Ikuti pengakhira­n drama bersiri 26 episod ini di TV1. Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui aplikasi rtm mobile di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? ZAHIRIL Adzim dan Zara Zya dalam drama ‘Hola Hermosa’ yang akan menemui penonton TV1 mulai 23 Januari ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi.
ZAHIRIL Adzim dan Zara Zya dalam drama ‘Hola Hermosa’ yang akan menemui penonton TV1 mulai 23 Januari ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.30 pagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia