Utusan Borneo (Sabah)

KKM komited beri perkhidmat­an cemerlang di Sabah: Lee

-

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kesihatan komited untuk memberi perhatian yang sewajarnya demi perkhidmat­an yang cemerlang bagi rakyat Sabah.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata setiap warga kementeria­n di Sabah melaksanak­an tugas denganbaik­walaupunbe­rdepan situasi sistem kesihatan yang begitu mencabar dan sumber yang terhad.

Katanya inisiatif-inisiatif yang baik yang telah dibangunka­n oleh warga kementeria­n tersebut di Sabah akan diberi perhatian dan sokongan selanjutny­a.

Inisiatif itu antaranya “Ambulance GPS Tracker System” di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas yang dapat memantau pergerakan pesakit dari hospital daerah ke hospital rujukan, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Lee tiba di sini pada Jumaat untuk lawatan kerja bagi melawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas dan Hospital Queen Elizabeth II di sini.

Beliau turut melawat klinik kesihatan di Semporna dan Inanam di sini serta melihat sendiri Bot Klinik Bergerak di Semporna.

Dalam pada itu, Lee menghargai­keputusank­erajaan negeri yang menyambut baik saranan larangan merokok di tempat makan awam seperti tertera di dalam World Health Organizati­on Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC).

Beliau berkata Kementeria­n Kesihatan akan terus bekerjasam­a lebih erat dengan kerajaan negeri terutama yang melibatkan pembanguna­n negeri Sabah, polisi dan dasardasar terkini.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia