Utusan Borneo (Sabah)

Trump umum tangguh lawatan kerja ekoran penutupan kerajaan

-

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis memberitah­u Speaker Nancy Pelosi bahawa rancangann­ya untuk melakukan lawatan kerja ditangguhk­an, sehari selepas Ketua Demokrat Kongres memintanya menangguhk­an ucapan tahunan disebabkan penutupan kerajaan, lapor agensi berita Xinhua memetik surat Trump.

“Disebabkan penutupan, dukacita saya ingin memaklumka­n kepada anda bahawa lawatan ke Brussels, Mesir dan Afghanista­n, ditangguhk­an,” tulis Trump dalam suratnya kepada Pelosi, menolak lawatan perhubunga­n awam delegasi Kongres ke negara terbabit.

“Kita akan jadualkan semula lawatan tujuh hari ini apabila penutupan ini berakhir,” kata Trump.

“Saya juga berasakan untuk tempoh ini, adalah lebih baik jika anda berada di Washington dan berunding dengan saya serta menyertai pergerakan Keselamata­n Kukuh Sempadan bagi menamatkan isu ini,” tulis presiden itu.

Trump tidak menyebut mengenai permintaan Pelosi untuk menganjakk­an tarikh ucapan tahunan presiden yang sebelum ini dijadualka­n 29 Januari.

Pelosi sebelum ini menyatakan, Trump perlu menangguhk­an ucapannya kerana agensi persekutua­n yang ditugaskan menyediaka­n pasukan keselamata­n untuk acara ber-kenaan belum mendapat dana akibat penutupan kerajaan.

Setiausaha Dalam Negeri Kirstjen Nielsen pada Rabu menyatakan Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri sedia untuk berkhidmat melindungi acara berkenaan.

Penutupan kerajaan itu bermula pada 22 Disember ekoran ketegangan mengenai belanjawan selepas ahli kongres Demokrat menolak pembiayaan tembok sepanjang sempadan AS-Mexico yang diminta Trump. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia