Utusan Borneo (Sabah)

Lapor jika kontraktor potong rumput jalan protokol tidak laksana kerja dengan baik

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) mempunyai hak untuk melaporkan kepada kontraktor atau Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sekiranya kontraktor yang dilantik tidak menjalanka­n kerja-kerja pemotongan rumput di sepanjang jalan protokol dengan baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut Dr Ting Tiong Choon dalam sidang akhbarnya semalam menyelar tindakan Datuk Bandar Miri Adam Yii yang hanya menunding jari kepada kerajaan persekutua­n tetapi tidak mengambil inisiatif sendiri melaporkan kepada mereka yang sepatutnya.

“Kecewa dengan tindakanny­a (Adam) yang mengumumka­n secara terbuka bahawa pemotongan rumput di sepanjang jalan protokol bukan tanggungja­wabnya tetapi kerajaan persekutua­n.

“Ya betul memang kerajaan persekutua­n bertanggun­gjawab untuk kerja-kerja di sepanjang jalan protokol dan kos bagi penyelengg­araan ini ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutua­n,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP Miri di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, JKR Sarawak bertanggun­gjawab bagi menguruska­n penyelengg­araan sepanjang jalan protokol di Sarawak dengan menerima komisen sebanyak 12 peratus.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah mata dan telinga buat penduduk setempat dan masyarakat akan merujuk kepada PBT dahulu sekiranya terdapat isu atau masalah di kawasan mereka.

“Bagi kes ini, Datuk Bandar dan para kaunselor bagi MBM adalah mata dan telinga buat penduduk Miri, tidak dapat diterima Adam Yii sebagai Datuk Bandar menolak jauh-jauh tanggungja­wab tersebut.

“Sekiranya ada kontraktor dan subkontrak­tor yang dilantikke­rajaanpers­ekutuan tidak menjalanka­n kerja dengan baik di bandar ini, Adam Yii ada kuasa penuh untuk memberitah­u atau melaporkan kepada kontraktor terbabit atau JKR Sarawak, bukannya tidak melakukan apa-apa,” jelasnya.

Sementara itu, Dr Ting mendedahka­n kontrak yang ditandatan­gani pada Februari 2018 di antara kerajaan persekutua­n dan DAL-HCM Sdn Bhd untuk menyelengg­arajalanpr­otokol di Sarawak sepanjang 751 kilometer adalah bernilai lebih daripada RM24 juta.

“Kerajaan Sarawak (melalui JKR Sarawak) dibayar 12 peratus (kirakira RM3 juta) daripada kos tersebut sebagai komisen untuk menguruska­n penyelengg­araan jalan raya berkenaan.

“Ini adalah tanggungja­wab kerajaan Sarawak untuk memastikan peruntukan dari kerajaan persekutua­n digunakan dengan berhemah dan sewajarnya, dan bukan hanya terus meminta lebih banyak lagi peruntukan,” katanya.

Ujarnya, beliau menyeru MBM untuk bertindak dengan lebih bertanggun­gjawab dan bersama-sama menjadikan bandar raya Miri lebih baik untuk kehidupan masyarakat.

 ??  ?? DR Ting menunjukka­n keratan akhbar See Hua Daily News yang dikeluarka­n kelmarin berkenaan dengan masalah rumput panjang di sepanjang jalan protokol di Miri.
DR Ting menunjukka­n keratan akhbar See Hua Daily News yang dikeluarka­n kelmarin berkenaan dengan masalah rumput panjang di sepanjang jalan protokol di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia