Utusan Borneo (Sabah)

Suspek keenam kes bunuh ahli perniagaan dibawa ke lokasi penemuan pisau

-

BINTULU: tHe Spring Bintulu yang menyediaka­n kemudahan peruncitan belibelah memberi manfaat jangka panjang kepada sektor pelanconga­n yang berhubung kait dengan perhotelan, makanan serta industri berat di bandar Bintulu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, tHe Spring Bintulu akan turut memainkan peranan mengangkat ekonomi Bintulu yang sebelum ini merupakan sebuah perkampung­an nelayan terpencil serta tempat pembuatan belacan terbaik dunia.

“Saya tidak menafikan belacan Bintulu adalah yang terbaik, tetapi hari ini (Jumaat) satu lagi sejarah yang wajar dibanggaka­n ialah dengan pembukaan tHe Spring Bintulu sebagai pusat beli-belah yang cantik menghadap Laut China Selatan.

“Ia adalah pusat beli-belah dengan ruang peruncitan yang besar,” ujarnya semasa melancarka­n pembukaan besar-besaran pusat belibelah tHe Spring Bintulu di sini, pada Jumaat.

tHe Spring Bintulu yang bernilai RM300 juta adalah di bawah pengurusan Parkcity The Spring (Bintulu) Sdn Bhd dengan kerjasama Sarawak Land (Kemena Park) Sdn Bhd dan ahli Kumpulan Samling dan Benlong Sdn Bhd sebagai ahli PE serta PANSAR Group of Companies.

Abang Johari berkata, hartanah berkeluasa­n 390,000 kaki persegi itu adalah aset di bawah pengurusan The Spring Management Services dan ia membawa jenama pemenang pelbagai anugerah pusat beli-belah dengan konsep tHe Spring kepada warga Bintulu dan wilayah tengah dengan potensi jualan peruncitan sebanyak RM260 juta setahun.

Justeru katanya, dengan pembanguna­n pusat belibelah ini akan menyaksika­n Bintulu menjadi sebuah bandar raya membangun yang pantas dari manamana pembanguna­n bandar di Malaysia, berstruktu­r, terancang serta kondusif untuk menjalanka­n aktiviti perniagaan.

Katanya, sumber tenaga hijau berdekatan Bintulu membabitka­n Empangan Hidroelekt­rik Baku n termasuk industri di Samalaju dan Tanjung Kidurong juga akan membantu membangunk­an Bintulu dengan sebaiknya.

“Pelaburan mencecah sehingga RM100 juta daripada syarikat Korea di Bintulu akan mewujud sekitar 1,000 pekerjaan dengan 30 peratus adalah dalam bidang

kejurutera­an membabitka­n projek petrokimia yang mampu menghasilk­an tenaga kerja kelas pertengaha­n akan turut memberi impak kepada pusat beli-belah ini.

“Kemudahan yang terdapat di tHe Spring amat kondunsif untuk para eksekutif (untuk berbelanja) dan tenaga untuk industri murah yang ditawarkan juga akan membantu meningkatk­an pelaburan, latihan untuk anakanak Sarawak serta membantu dalam perkembang­an pembanguna­n ekonomi negeri ini terutamany­a di Bintulu,” ujarnya.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datuk Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip, Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Samalaju Majang Renggi, Pengerusi Parkcity The Spring

(Bintulu) Sdn Bhd Troy Yaw, Pengarahny­a Datuk Joseph Lau, Datuk Jason Tai dan James Ling.

Selain itu Personel Pengurusan Utama Hartanah tHe Spring iaitu Pengarah Eksekutifn­ya Datin Christine Ling, Ketua Pegawai Operasi Andy Song dan Pengurus Pusat Angelyne Kho.

 ??  ?? ABANG Johari menandatan­gani plak perasmian tHe Spring Bintulu sambil disaksi Juma’ani serta yang lain, pada Jumaat.
ABANG Johari menandatan­gani plak perasmian tHe Spring Bintulu sambil disaksi Juma’ani serta yang lain, pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia