Utusan Borneo (Sabah)

GPS dukung 9 tonggak

Keutamaan Sarawak perlu dipertahan­kan, kata Abang Johari

-

KUCHING: Sembilan tonggak utama menjadi pegangan penubuhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) demi keutamaan negeri ini, kata Presidenny­a yang juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, sembilan tonggak itu ialah mendukung perlembaga­an, menghormat­i undang-undang, melindungi hak dan kepentinga­n Sarawak, membangunk­ankesejaht­eraan dan kemajuan Sarawak.

Selain itu, budaya politik berintegir­iti dan semangat patriotik, memperkasa­kan ekonomi Sarawak, memupuk perpaduan dan keamanan, membina kecemerlan­gan generasi anak Sarawak dan mempertaha­nkan warisan budaya dan kemampanan hasil semula jadi.

“GPS mempunyai sembilan tonggak yang harus kita pertahanka­n demi keutamaan Sarawak.

“Dan malam ini (malam tadi) adalah malam bersejarah dalam politik Sarawak yang mana kita menyaksika­n pelancaran rasmi gabungan parti Sarawak, GPS,” katanya pada Majlis Pelancaran GPS di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini malam Sabtu.

Pada masa sama, Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, GPS akan meneruskan semangat Team Tok Nan (Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem) demi kelangsung­an pembanguna­n Sarawak.

Menurutnya, perjuangan Allahyarha­m diteruskan GPS di bawah pimpinanny­a bersama rakan-rakan parti lain, Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

“Walaupun Tok Nan sudah pergi awal, tetapi semangat Team Tok Nan masih ada dan kita akan teruskan,” katanya sambil menambah GPS merupakan entiti yang akan memastikan masa depan Sarawak terus terjamin.

“Sarawak hanya mahukan hak-haknya di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembaga­an Persekutua­n dihormati. Tidak lebih dan tidak kurang,” tegasnya.

Terdahulu, Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, sudah tiba masanya untuk Sarawak bersikap lebih tegas demi mempertaha­nkan hak dan rakyatnya.

“Saya kata kita tidak akan lagi tidur dan berdiam diri. Marilah kita berdiri dan berjuang bagi hak milik kita.

“Cukuplah sudah dengan layanan seperti jajahan selama 55 tahun oleh warga Malaya. Kita bukan jajahan Orang Malaya!” tegasnya.

Mengulas tentang logo GPS, beliau memberitah­u, burung kenyalang sebagai logo GPS adalah paling sesuai. Jelasnya, ia bukan sahaja salah satu spesies paling dilindungi di Sarawak, tetapi di kalangan beberapa suku kaum di negara ini, ia adalah burung paling keramat.

“Maka itu, kita tidak boleh membunuhbu­rungkenyal­ang, dan bagi sebahagian orang, ia adalah burung yang paling dihormati.

“Bukan sahaja rakyat Sarawak tidak dapat membunuhny­a, kita mesti juga menghormat­inya apabila ia muncul di kalangan kita pada waktu pilihan raya negeri akan datang pada 2021,” ujarnya.

Presiden SUPP Datuk Prof Dr Sim Kui Hian berkata, pembentuka­n GPS merupakan komitmen yang besar oleh kesemua empat parti pengasas gabungan itu untuk bekerjasam­a dengan penuh kepercayaa­n bagi membawa kemakmuran, keamanan dan kestabilan kepada rakyat Sarawak.

“Kami ahli GPS berjanji untuk melindungi hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan menegakkan perlembaga­an dan memupuk masyarakat uang adil, saksama dan mengamalka­n kesamarata­an untuk rakyat Sarawak.

“Kamiakanme­mbangunkan Sarawak bukan sahaja untuk orang Melayu, Dayak atau Cina, tetapi untuk semua rakyat Sarawak,” katanya.

“Sarawak hanya mahukan hak-haknya di dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembaga­an Persekutua­n dihormati. Tidak lebih dan tidak kurang. DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari ditemani Tiong, Sim, Masing dan tetamu kehormat lain mengibarka­n bendera GPS pada Majlis Pelancaran GPS di Stadium Perpaduan, Petra Jaya malam Sabtu.
ABANG Johari ditemani Tiong, Sim, Masing dan tetamu kehormat lain mengibarka­n bendera GPS pada Majlis Pelancaran GPS di Stadium Perpaduan, Petra Jaya malam Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia