Utusan Borneo (Sabah)

Tuduhan guna kenderaan k’jaan Fuziah tuntut permohonan maaf

Tuduhan guna kenderaan kerajaan untuk berkempen

-

KUANTAN:Pengerusi Keadilan negeri Pahang Fuziah Salleh memberi tempoh 24 jam kepada seorang pemilik blog agar membuat permohonan maaf atau berhadapan tindakan saman kerana mengaitkan­nya dengan kegiatan salah guna kenderaan milik kerajaan untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Tindakan individu yang menggunaka­n nama Yusman Zahari Zakaria itu secara jelas menuduhnya selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menggunaka­n kenderaan Jabatan Hutan Daerah Raub dalam artikel yang disiarkan semalam bertajuk ‘Fuziah Salleh bercakap depan cermin, terbukti beliau salah guna aset kerajaan’.

“Saya dengan tegas menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mencabar beliau (individu terbabit) agar tampil dengan berani tanpa berselindu­ng dengan blog dan Facebook yang menyembuny­ikan tentang biodata dirinya.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Saya juga telah mengarahka­n peguam saya bertindak dengan sewajarnya di dalam isu ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini pada Isnin.

Katanya fitnah yang disiarkan menerusi laman blog itu juga telah diviralkan di media-media sosial termasuk di dalam Facebook.

Fuziah turut memaklumka­n sepanjang kempen pilihan raya itu, katanya beliau telah mengambil cuti dengan mengisi borang cuti secara rasmi selaku Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan menggunaka­n kenderaan sendiri sepanjang tempoh berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua pengundi di Cameron Highlands jangan mudah terpedaya dengan propaganda dan fitnah yang semakin hebat yang dimainkan menjelang hari pengundian pada 26 Jan ini.

PRK itu diadakan susulan Mahkamah Pilihan Raya pada 30 Nov tahun lepas membatalka­n kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C.Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum ke 14 setelah didapati berlaku amalan rasuah untuk mempengaru­hi pengundi di kawasan itu.

PRK Cameron Highlands pada 26 Jan ini menyaksika­n pertanding­an empat penjuru membabitka­n calon Pakatan Harapan iaitu M.Manogaran, Ramli Mohd Nor (BN) serta dua calon bebas iaitu bekas pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Sallehudin Ab Talib dan petani, Wong Seng Yee.- Bernama

“Saya dengan tegas menafikan sekerasker­asnya tuduhan tersebut dan mencabar beliau (individu terbabit) agar tampil dengan berani tanpa berselindu­ng dengan blog dan Facebook yang menyembuny­ikan tentang biodata dirinya. ” FUZIAH SALLEH

Pengerusi Keadilan Negeri Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia