Utusan Borneo (Sabah)

Kajian terperinci sebelum pelaksanaa­n

Taman Peringatan Petagas berpotensi dijadikan destinasi pelanconga­n

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Taman Peringatan Petagas mempunyai potensi untuk dibangunka­n sebagai salah sebuah destinasi tarikan pelancong.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, beliau akan membawa perkara itu ke Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar bagi mengkaji dengan lebih lanjut.

“Saya berpendapa­t cadangan ini boleh direalisas­ikan tetapi kajian terperinci perlu dilakukan sebelum pelaksanaa­n.

“Kundasang dan Labuan masing-masing mempunyai tapak bersejarah seumpamany­a dan dijadikan kawasan tarikan pelancong. Sudah tiba masanya bandaraya ini turut mempunyai daya tarikan seumpamany­a,” katanya ketika ditemui selepas Upacara Memperinga­ti MangsaMang­sa Perang Petagas Peringkat Negeri Sabah 2019, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Taman Peringatan Petagas penting kerana mangsa perang telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada negeri ini dalam usaha membebaska­n Sabah daripada jajahan Jepun pada suatu ketika dahulu.

Sementara itu, Dymphna Ubing, 54, waris kepada mangsa perang Vitalianus Joseph Lim @ Ubing berkata, pada 2017, pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah bersetuju untuk mengiktira­f seramai lapan nama mangsa kekejaman Jepun pada Perang Dunia Kedua untuk diletakkan di Taman Peringatan Petagas.

Bagaimanap­un, beliau ingin mencadangk­an kepada pihak berkuasa berkaitan untuk membina tugu peringatan yang berasingan daripada tugu yang sedia ada memandangk­an kelapan-lapan mangsa itu terkorban antara Jun dan Julai 1945.

“Tugu peringatan sedia ada adalah untuk memperinga­ti mereka yang terkorban pada Januari 1944.

“Selepas kajian dan siasatan terperinci dilakukan, semua waris kepada lapan keluarga ini telah berjumpa dengan mantan Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai pada 2017 mengenai perkara itu.

“Beliau bersetuju untuk membuat plak baharu pada taman peringatan ini terhadap kelapanlap­an mangsa perang terbabit,” katanya.

Menurutnya, dalam rekod yang ditemukan dari 12 Jun sehingga awal Julai 1945, seramai lapan lelaki tempatan berumur 19 sehingga 49 tahun telah ditangkap, dinafikan perbicaraa­n, diseksa dan kemudian dibunuh secara kejam.

Katanya, lapan nama baharu yang diabadikan di Taman Peringatan Petagas adalah untuk memperinga­ti mereka yang tidak berjaya kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

Dymphna juga mempelawa kepada semua waris kepada mangsa perang Jepun yang mempunyai rekod semasa zaman peperangan dahulu supaya tampil untuk mengabadik­an nama moyang masing-masing di taman peringatan itu.

Upacara memperinga­ti mangsa-mangsa perang bermula tepat pada jam 8.30 pagi apabila Christina yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menuju ke tempat khas untuk menerima tabik hormat.

Kemudian, tiupan ‘Last Post’ dilakukan dan diikuti upacara bertafakur selama 20 saat untuk mengenang mereka yang terkorban.

Selepas upacara meletakkan karangan bunga selesai, tiupan ‘Rouse’ diadakan diikuti acara tabik hormat sekali lagi.

Christina kemudian mengadakan lawatan ke tapak-tapak pameran yang diadakan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusuf Yacob serta Pembantu-Pembantu Menteri Datuk Uda Sulai, Kenny Chua dan Daud Yusof, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Likas Tan Lee Fat dan tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? CHRISTINA bersama para tetamu kehormat semasa upacara itu.
CHRISTINA bersama para tetamu kehormat semasa upacara itu.
 ??  ?? CHRISTINA ketika upacara memperinga­ti mangsa perang.
CHRISTINA ketika upacara memperinga­ti mangsa perang.
 ??  ?? DYMPHNA (kiri) bersama Wilfred Ubing, 60, ketika upacara itu.
DYMPHNA (kiri) bersama Wilfred Ubing, 60, ketika upacara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia