Utusan Borneo (Sabah)

Thaipusam: Pulau Pinang jadi tumpuan

-

GEORGE TOWN: Ketika Pierre Torset mengatur percutian empat hari ke Pulau Pinang bersama isterinya, beliau amat teruja kerana berpeluang menyaksika­n perayaan Thaipusam di sini.

Ketika tiba di Kuil di Jalan Air Terjun pagi Isnin, jurugambar dari Perancis berusia 38 tahun itu, amat terkejut dengan suasana berwarna warni dan budaya yang unik sempena perayaan Thaipusam.

“Kami baru berada di sini setengah jam, dan mahu terus berada di sini untuk beberapa jam lagi hanya untuk mengambil gambar,” kata Torset kepada Bernama pada Isnin.

Beribu-ribu penganut Hindu, penduduk sekitar dan pelancong asing, memenuhi sekitar jalan di Jalan Kebun Bunga, Jalan Air Terjun dan Jalan Utama untuk meraikan Thaipusam dan tidak hairanlah, semua orang akan membawa kamera dan gajet masing-masing untuk merakamkan gambar sekitar perayaan itu.

Nilai estatika struktur kuil, warna pakaian dan aksesori yang dipakai peserta, serta kepelbagai­an manusia, adalah beberapa faktor penyumbang yang menjadikan Pulau Pinang sebagai kawasan terpilih untuk fotografi semasa Thaipusam.

Torset berkata kebudayaan yang penuh bermakna semasa perayaan Thaipusam yang beliau anggap sebagai perkara paling menarik.

“Saya tidak dapat putuskan, sama ada struktur (kuil), orang atau pakaian mereka kerana setiap satu amat istimewa dengan cara tersendiri dan semuanya sama-sama mempunyai cerita bermakna mengenai Thaipusam, dan itulah bagi saya yang paling menarik sekali,” katanya.- Bernama

 ??  ?? PENGANUT Hindu membawa kavadi menuju ke Sri Arulmigu Balathanda­yutthabani Jalan Kebun Bunga sempena Thaipusam pada Isnin. -Gambar Bernama
PENGANUT Hindu membawa kavadi menuju ke Sri Arulmigu Balathanda­yutthabani Jalan Kebun Bunga sempena Thaipusam pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia