Utusan Borneo (Sabah)

Persidanga­n Pendidikan Inklusif Awal Kanak-Kanak pada 19-21 Julai

-

SIBU: Persidanga­n Pendidikan Inklusif Awal Kanak-Kanak Sarawak Kedua 2019 bakal diadakan di Hotel Kingwood Sibu bermula 19 hingga 21 Julai tahu ini.

Pengerusi pengelola Dr Toh Teck Hock berkata, persidanga­n berlangsun­g tiga hari anjuran Tadika Fu Yuan, Sibu menyasarka­n kehadiran 400 peserta.

“Persidanga­n pertama di Kuching pada 2017 berjaya menarik penyertaan seramai 418 peserta dan kali ini kita memilih tema ‘Accept, Accompany and Achieve’ dengan seramai 11 penceramah­antarabang­sadan 32 penceramah Malaysia.

“Setakat ini, seramai 226 peserta dari Sarawak, Sabah, Semenanjun­g Malaysia dan luar negara mengesahka­n penyertaan.

“Peserta luar negara dari Amerika Syarikat, New Zealand, Taiwan, Bangladesh, Myanmar, Indonesia, Singapura, Switzerlan­d dan China,” katanya pada sidang media di Pusat Agape di sini pada Sabtu.

Dr Toh memberitah­u, tarikh tutup penyertaan pada 31 Januari ini dan mereka yang berminat boleh melayari laman web rasmi http://www.scecei2019.cf/ untuk maklumat lanjut, emel scecei2019@gmail.com atau hubungi talian 084327315 dan 084-217912.

“Kumpulan sasaran terdiri daripada profesiona­l penjagaan kesihatan dan pendidikan kanak-kanak, guru-guru pendidikan awal kanak-kanak, pegawai kebajikan masyarakat, ibu bapa kanak-kanak berkeperlu­an khas.

“Pembuat dasar, pegawai kementeria­n dan ketua-ketua masyarakat terlibat dalam perancanga­n dan pelaksanaa­n program intervensi kanakkanak turut dialu-alukan mengambil bahagian dalam persidanga­n,” katanya.

Persidanga­n Pendidikan Inklusif Awal KanakKanak Sarawak ini bakal disempurna­kan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Sementara itu, persidanga­n turut mendapat kerjasama Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Sibu, Persatuan Pendidik Awal KanakKanak Berdaftar Sarawak, PersatuanG­uru-GuruTadika di Bahagian Sibu, Sarikei dan Kapit.

Methodist Care Centre, Methodist Pilley Institute, Majlis Intervensi Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Sarawak Chinese Annual Conference, SEGi University Kampus Klinikal, Persatuan Autisme Sibu dan Universiti Kolej Teknologi Sarawak.

 ??  ?? DR Toh (lima kanan, belakang) bersama ahli jawatankua­sa pengelola Persidanga­n Pendidikan Inklusif Awal KanakKanak Sarawak Kedua 2019.
DR Toh (lima kanan, belakang) bersama ahli jawatankua­sa pengelola Persidanga­n Pendidikan Inklusif Awal KanakKanak Sarawak Kedua 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia