Utusan Borneo (Sabah)

Kuching dilanda banjir

Tiga PPS bagi menempatka­n 81 mangsa banjir di bahagian Kuching

-

KUCHING: Tiga Pusat Pemindahan­Sementara(PPS) dibuka setakat jam 4 petang Ahad bagi menempatka­n 81 mangsa banjir yang terjejas di bahagian Kuching.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan di sini pada Ahad, tiga pusat pemindahan itu dibuka di Balai Raya Kampung Paon, Sematan Lundu, Dewan Sinaran Kampung Sungai Lumut dan Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu.

“Jumlah keseluruha­n pusat pemindahan yang dibuka setakat ini bagi bahagian Kuching adalah sebanyak tiga pusat bagi menempatka­n 81 mangsa membabitka­n 21 keluarga,” kata jurucakap Sekretaria­t JPBN Sarawak.

Katanya, bagi PPS Surau Ar Rahman Kampung Sungai Batu, ia menempatka­n tiga keluarga melibatkan 18 mangsa.

Manakala di PPS Dewan Sinaran Kampung Sungai Lumut pula, jelasnya, ia menempatka­n sembilan keluarga melibatkan 32 mangsa.

“PPS yang baharu dibuka tengah hari tadi (semalam) di Balai Raya Kampung Paon di Sematan, Lundu yang menempatka­n sembilan keluarga melibatkan 31 mangsa,” tambahnya.

Dedahnya, hujan yang berterusan sejak awal pagi menyebabka­n limpahan air hujan dan kenaikan paras air sungai di kawasan rendah menyebabka­n beberapa rumah dinaiki air setinggi satu hingga dua kaki.

“Ketika ini keadaan cuaca masih hujan dan sebuah PPS dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Paon,” katanya.

Pada masa sama Sekretaria­t JPBN Sarawak memberitah­u, paras air di kampung tersebut masih tinggi dan hujan dijangka berterusan hingga Isnin.

Selain kampung tersebut, lima lagi kampung turut terjejas antaranya, Kampung Sebat Dayak/Melayu dan Baru, Kampung Temaga Dayak/ Melayu, Kampung Sebako, Kampung Judin dan Kampung Serayan Cina.

Malah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lundu turut melakukan pemantauan di kawasan Kampung Paon, Kampung Sebat Dayak, Kampung Sebat Melayu, Kampung Temaga Dayak, Kampung Temaga Melayu dan Kampung Sebat Baru mendapati paras air telah naik.

Pihak APM turut memaklumka­n kepada ketua kampung agar bersiap sedia untuk berpindah sekiranya keadaan bertambah buruk dan perbincang­an untuk PPS masih dilakukan.

Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memberitah­u, pihaknya menerima panggilan kecemasan bagi memindahka­n mangsa banjir di Kampung Paon.

“Bomba menerima panggilan daripada orang awam yang mengatakan terdapat dua rumah dinaiki air banjir.

“Apabila sampai di lokasi, jalan menuju ke rumah tersebut telah terputus. Anggaran ketinggian paras air sekitar tiga kaki dan pihak bomba terpaksa meredah air ke kawasan yang terjejas,” kata bomba.

 ??  ?? ANGGOTA bomba membantu menolak kereta pengguna jalan raya di Sematan yang rosak ketika melalui kawasan banjir.
ANGGOTA bomba membantu menolak kereta pengguna jalan raya di Sematan yang rosak ketika melalui kawasan banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia